Monday, December 21, 2009

tanggungjawab aku

terlalu byk tekanan kebelakangan ni.
aku diam je kerana tak mau serabut ini terus datang.

tanggungjawab kerja sangat berat.
aku masih tidak pulang selepas 12 jam di depan monitor.
aku masih khayal kerja disamping deringan telefon yang sentiasa mengingatkan aku itu dan ini
"design aku ajua" ~ khalim merujuk kpd karnival sukan.
"sample aku ajua" ~ watie merujuk kepada risalah 25 tahun.
"logo aku ajua" ~ pengarah merujuk kpd sambutan tahun baru.
"banners aku ajua" ~ mardiana merujuk kpd resepsi sanding.
"claim aku ajua" ~ supplier merujuk kpd payment tak bayar.
"kami tak makan lagi!" ~ isteri dan anak yang menanti di rumah.

aku diam.

aku tak tau mana mau diusik.
semuanya penting.
aku juga lapar. aku juga penat. aku juga lesu.

jari aku menggigil memegang mouse.
laparkah aku?

belakang kepalaku berdenyut.
peningkah aku?

entahlah.

lagu DMasiv Cinta Ini Membunuhku telah 2 juta kali dimainkan tanpa henti.
dan aku tidak mau ia berhenti.
kerana aku tak mau cinta kepada tanggungjawab ini membunuhku.

semangat aku masih tinggi.
azam aku semakin kuat.
semua di pejabat ini telah berada bersama keluarga.
ada sedang makan.
ada sedang menonton.
ada sedang ketawa.
dan aku juga tumpang gembira.

menyudahkan tanggungjawab dengan sedikit senyum.
dengan sedikit harapan.
dengan segunung doa.

aku dinafikan cuti.
ibarat aku telah ditikam dalam diam.
aku cuba berfikir.
tetapi kepala aku sarat dengan idea untuk kerja.

tiada ruang untuk akal ini mentafsir sebabnya.
jadi tak usah runsing
buat saja tanggungjawab ini.

aku cuba senaraikan apa yang perlu.
nampaknya senarai tidak kurang dari minggu sudah.
nampaknya aku perlu kurangkan segala keperluan diri untuk kerja ini.

aku perlu kurangkan waktu keluarga.
aku perlu kurangkan waktu rehat.
kurangkan waktu tidur.
kurangkan waktu tarik nafas.

kini aku ada lebih masa bekerja.
tanpa pedulikan hati orang lain.

apa peduli hati isteri.
apa peduli hati anak.
apa peduli hati orang tua.
apa peduli hati kawan-kawan.
aku perlu jaga hati para pemberi tanggungjawab.

kerana tanggungjawab ini aku perlu jawab esok.
kau kata boleh! kenapa tak buat!
kau kata siap! kenapa sekarang tidak!

betul ke tindakan aku.
kerana aku tidak mampu berfikir hal lain kerana terlalu kusut.
kusut dengan senarai sangat panjang.
kusut dengan amanah.
kusut dengan amarah.
kusut dengan orang yang cintakan kuasa.

mungkin aku menunggu masa badan ini meragam.
meminta rehat. meminta disegarkan.

maka aku akan berkata;
"sabarlah wahai sahabatku. jika kau tumbang pasti ada orang akan uruskan kita!"

No comments: