Thursday, September 24, 2009

cerita raya

semua org cerita raya. dan aku juga sama.
bagi aku raya ni sama aje walau 10 tahun lagi pun.
raya tetap macam ni.

filem melayu yang bosan.
lagu saloma mintak mak kuih sepotong.
eksiden. jem. kubur. kuih almond landon.
minta maaf di pagi raya
(hari bukan raya pun boleh minta maaf ape)

semuanya seperti diputar semula.
tahun depan pun ko akan tau situasinya adalah sama.
filem bosan. lagu bosan. mazola sedap.

bagi aku seronok lagi puasa.
masjid penuh. qiamulalil. tadarus.
pahala. pahala. pahala

yang akan membezakan raya adalah kita sendiri.
tahun lepas raya kat pahang.
tahun ni raya kat penang la.
kan beza tu. ambik angin utara pulak.
taun depan raya kat kelantan.
ambik bau kopok losong kat rantau abang.
kan beza tu.

bagi perantau raya sgt bermakna.
setahun tak balik kampung.
tau-tau balik bawak kereta baru.
kan seronok.
mengembirakan hati orang tua adalah pahala paling besar.

jadi bagi aku yang setiap minggu jumpa mak.
raya ni kira biasa ajelah.
takdelah perantau sangat pun.
lagi-lagi yang duduk dengan mak.
langsung tak rasa raya.
seronok-seronok je. tetapi perkara untuk dikenang takde.

cerita raya aku biasa saja.
datang rumah orang makan. sembang. balik.
balik kampung sembang. makan. balik.
duit marissa yang bertambah.
duit ayahnya kurang.

aku suka puasa lagi.
tak sabar nak puasa tahun depan.
raya... hmmm...
puasa seronok lagi.

Friday, September 18, 2009

kenangan raya


sebagai seorang lelaki hensem. kenangan raya memang banyak untuk dicerita.

aku balik kampung di lurah bilut pahang. sebuah felda yang tak best. kampung tak besar sangat. bolehlah pinjam motor buruk atok buat merayap gi rumah awek kampung.

masa bujang dulu aktiviti raya pertama lebih pada baca yasin lepas sembahyang raya dan upacara kumpul kekayaan dan sampul raya. lepas tu. semua pakat tido depan tv tengok sarkis sampai petang.

orang bujang cam aku takkan baring je. jadi pakat dengan sepupu gi raya rumah awek. tak kenal pun takde yang penting sekampung. dapatlah 2-3 rumah. rombongan ke kubur arwah wan dan atok kecik biasa hari raya ke-2. (sebab tu aku cakap felda tak best sebab wan dah takde).

dulu felda lurah bilut sapa pun tak tau. nak masuk dah la jauh. memang hulu sangat la. tapi selepas filem bilut keluar. terus bangga aku cakap 'aku orang bilut. felda pertama di malaysia'.

ko orang mane? jengka. tak geng!

masa siti nurhaliza glamer rajin jugak la sepupu aku beraya rumah dia. aku takde la nak beraya rumah artis pop ni. ape barang rumah siti. rumah nik aziz bole la.

malam raya pertama di kampung. biasa la main mercun. tak pun jalan kaki ramai-ramai dalam gelap. kampung aku dulu kerap takde letrik. lagi seronok. seram ngeri pun ada. cerita jantung pisang berdarah. hantu mengilai bawah rumah. hantu merangkak dalam semak. memang cerita popular di kampung. akhirnya semua pakat lari balik rumah atok. sapa yang kecik memang tertinggal la.

rumah atok agak besar. dua tingkat. sapa balik raya lambat memang tidur takde bantal la. selimut pun nasib-nasib. aku kalau balik kampung memang bawak sleeping bag. jadi tak risau. bantal pun takde hal. kasi budak-budak ni tido. pastu curi la bantal diorang. pernah satu kali raya aku ada 6 bantal keliling badan. along pun sama.

rumah atok yang baru ni tak syok macam rumah lama. rumah lama lagi besar. boleh main bola. main badminton dalam rumah. masa arwah wan ada. siap masak dodol lagi. masa kecik dulu aku memang duduk kampung. memang jadi hantu kacang la masa tu.

anak-anak ayam memang gerun tengok aku.
mak ayam plak. asal nampak aku je mula la nak kembangkan badan.
apahal nak marah?
salah ke aku goreng anak kau sekor hidup-hidup.
kejam sangat ke kalau aku humban sekor dalam tin cat.
kan ada 8 ekor lagi. atok pun suruh aku kurangkan populasi ayam di kampung.
produktif sangat. nanti menyumbang pada masalah sumbang mahram. pelacuran. judi dan maksiat.

lagipun lepas bunuh kitorang tanam.tanya shahril. along ami. angah lin. siap shahril baca doa lagi. kubur pun ada lagi kat rumah atok kecik belakang tu. supaya roh dicucuri rahmat.

masa aku kecik atok ada kedai runcit. aku memang kaki rembat punye. terutama sotong kering. bila nak makan kena bakar kat bara api. feberet masa tu. hujung kebun atok kitorg buat pondok-pondok pakai daun pisang. situlah operasi maksiat dan rumah urut pertama di kampung aku beroperasi. yang datang pun budak-budak besar aku je. takde urut pun. tapi kalau nak sotong kering atok memang kena bayar 20 sen dengan aku. wang pelindungan.

suasana berubah bila besar. aku pernah saja-saja balik kampung naik bas. 2 jam perjalanan dari hentian pekeliling. bas pun buruk. seingat aku takde ekon. nak balik ke shah alam dari kampung pun naik bas. beli tiket kat rumah orang. esoknya balik. macam perantau sangat la.

bila dah kawen ni raya pun dah ada 3 rumah. rumah mak mertua. rumah mak sendiri. rumah atok. biasa raya pertama aku kat rumah mak mertua la sebab diorang pun meriah raya pertama aje. rumah atok raya ke dua. sebab nak lawat kubur wan. raya ke tiga biasa aku dah kat shah alam rumah mak.

bagi aku raya ni mana-mana sama aje.
jumpa saudara lama. kawan lama.
lepak rumah dia lama-lama.
makan kuih mazola. air pepsi.

kalau bujang tengok adik dia pulak. hui lawo.
yang pompuan masa nilah nak pasang badan.
kawan abang hensem.
kompom esok datang beraya rumah tu lagi.

rumah terbuka wajib bagi aku.
sebab masa inilah yang dia ada kat rumah.
hari lain asal telefon aje kat kampung.
asal telefon aje kat luar.

itu yang bila dah hujung syawal rumah terbuka sampai malam pun ada. siap susun jadual. pagi ni rumah dia. pastu rumah anu. petang rumah polan sebab ada kambing golek. malam rumah awak sebab kawan-kawan lain datang malam.

akhirnya dah habis syawal masuk zulkaedah pun ada rumah terbuka jugak. tapi dipanggil 'jemput makan-makan'. pegi jugak la. makan kan. bukan suh basuh pinggan pun.

selamat hari raya semua

Thursday, September 17, 2009

kerja kena pro bro

hari ini agak bosan ke pejabat kerana sebahagian besar rakan pejabat telah bercuti raya. hari ini agak rehat dari biasa. walaupun bos ada. tapi tekanan kerja kurang.

pukul 1
aku tidur di kerusi.

kul 2
"kring..kring" aku terkejut dari tidur
"ajua.. lagi 2 minit ikut aku gi stadium"
"aa.. ok lah.."

bos call. katanya pagi tadi dia mesyuarat dengan datuk bandar tentang jamuan raya. ini mesti pasai jamuan raya. dalam hati aku cakap. selagi tak jamuan selagi itulah macam-macam hal.

aku ke tandas. urusan kecil.
ada 'balak' terapung.
cilakak mana yang tak tau pam ni.

aku dengar bunyi lif. mesti bos dah turun.
aku terus berlari ikut dia di bawah.

aku dengar Mo membebel-bebel pasai kerja.
dia pakai baju biasa hari ni. mesti dah cuti.

"bos.. minggu depan saya direct cuti. balik sabah. kalau nak tukar apa-apa kat LED saya takde"
"alah.. baru sabah. orang lain raya kat london boleh je balik.. nanti aku call ko"

aku tengok muka Mo dah macam belacan. dalam hati aku gelak je. teringat cakap bos aku: kita keje mana ada cuti. kerja swasta boleh la cuti. kerja dengan penduduk shah alam. kalau nak cuti kerja sendiri la.

agak keras bahasa dia tapi realitinya betul.
dalam kerja kita kena profesional. semua profesional.
jawab profesional.
fikir profesional.
gaya kena profesional.
baru orang hormat kita.

jadi bila kita berurusan dengan orang tidak profesional.
kita jadi marah.

aku dengar dari bos 'tebal' aku. ada pertukaran banyak di mesyuarat jamuan raya tadi.
susunan gerai berubah.
susunan pentas berubah.
tambah itu ini.

dalam hati aku cakap.
ATOK TAK PROFESIONAL.

bos besar aku pun diam je. pulak tu maklumat yang dia beri dua hari lepas.
untuk dimasukkan ke risalah bulanan tidak disahkan lagi.
aku cakap :
BOS TAK PROFESIONAL.

kerja sepatutnya disusun awal.
supaya tidak kelam kabut dan tergesa.
takut-takut banyak silap.
bila ada kesilapan. semua menuduh orang itu. orang ini.

bak kata morinho.
pasukan yang bagus datang dari pemimpin yang bagus.

bak kata gerrard.
kesilapan individu harus ditanggung sepasukan.
makna ~ kerja yang berat harus dipikul bersama.

bukan dipikul seorang.
dialah yang bekerja sampai pagi.
dialah yang pergi meeting.
dialah ke hulu kehilir cari maklumat.
akhirnya
yang dapat nama.... bos besar.

itulah situasi kerja sekarang.
bila kita kerja profesional.
tidak kira masa. tidak kira situasi.
demam datang kerja.
keluarga sakit. datang jugak kerja.
makan minum abai kerana kerja.
sebab kita profesional.

tetapi bila sampai kat orang atas.
dia pulak yang tak profesional.
pinda. pinda. pinda.

dan kita pun membuat rutin kembali.
demam datang kerja. sakit datang kerja dll.

jadi nasihat aku.
jadilah profesional bila berkerja.
bos tak nampak kita.
tapi tuhan nampak.

bukankah rezeki itu tuhan yang bagi.
duit yang datang dari usaha penat kita akan lebih berkat.
anak sihat. kereta tak senang rosak.
keluarga tak gaduh. hati lebih senang.
badan pun sihat

Monday, September 14, 2009

insan misteri di pagi hari

kring... kring
aku : ya rumah mayat bercakap..!
nani : wa, ada orang nak jumpe ko. kak maznah.
aku : emm.. sapa ye!
(dalam hati : kontraktor kot. tak pun supplier)
aku : bole la suh datang sini.
(dalam hati : dah la byk keje ada orang plak)

300 saat kemudian.
maznah : ajua ye.
aku : iya saya
dan kami bersembang hampir 30 minit lamanya


kak maznah ini adalah seorang aktivis keagamaan yang kerjanya menganjurkan ceramah dan mengumpul duit untuk buat sumbangan amal secara persendirian. kak maznah ni berusia 48 tahun. ada 4 orang anak bujang. sorang kerja kat tv3. sorang menuntut di sudan. sepasang kembar masih di tingkatan 5 dan akan belajar tahfiz di darul quran selepas SPM.


yang menariknya.
kak maznah dan suami tidak bekerja hampir 15 tahun dan segala sara hidup perbelanjaan selama ini berkat dari kerja keagamaannya. kita buat baik. allah balas baik juga. pelbagai tips kehidupan yang diberi yang aku anggap sangat berharga bagi seorang istimewa cam kak maznah ni.

di akhir pertemuan dia memberikan sebuah buku zikir harian.
"akak tak larat nak zikir banyak-banyak. tapi kalau ajua berzikir ikut buku harian ni. insya allah akak pun dapat pahala sama"
dalam hati aku cakap. banyak saham akhirat akak ni.

dia memberitahu bahawa dalam hidup ini kita jangan menipu. terutama orang meniaga. kuah laksa campur air. pastu jual kat orang. kemudian yang makan sakit perut. duit meniaga jual kuah laksa air tu bagi anak makan. sebab tu la orang meniaga ni banyak sakit-sakit. duit tak berkat.

camtulah katanya.

alhamdulillah. dulu akak leka. kerja sampai lupa ibadat. tapi duit tak cukup jugak. sekarang ni dengan takde pendapatan tetap akak bekerja untuk allah. alhamdulillah lepas 15 tahun takde pun akak mati tak makan. anak-anak pun sampai ke sudan belajar.

kita kejar akhirat. dunia berlumba-lumba kejar kita.
kalau kita kejar dunia. sampai mati pun tak pernah cukup.

buat baik ni banyak ujian. dunia ni kan tempat kita diuji. lagi sabar kita. lagi mudah urusan kita. hari ni orang tutup jalan kita. esok allah bukak sepuluh jalan baru. apa nak risau. mintak je. allah pasti perkenan. dia kan maha pemurah.

aku lopong je dengar.

aku berurusan dengan kak maznah ni diatas sebab kerja. dimana aku diberi maklumat mengenai kelas agama yang dia anjurkan dan aku masukkan ke dalam risalah pemberitahuan.

"banyak pahala ajua tau" katanya

aku tak pernah berjumpa dengannya sebelum ini. sekadar bersms saja. sekarang aku berfikir siapakah kak maznah ni. dalam bulan puasa. 10 malam terakhir. dapat ilmu dari orang misteri. hmm..

Tuesday, September 08, 2009

rompakan bank

sabtu lepas aku ke bank kepala rimau untuk masukkan sekeping cek dari soha.
meniaga kecil-kecilan. hasil pun kecil la.
dah la hari sabtu. isnin pun cuti. mau hari khamis kot baru dapat duit.
dalam hati aku cakap. parah ni.

sesampai saja aku di muka pintu kaca bank tu.
aku ditahan oleh muncung pump-gun.
sentap darah.

paling berani orang tahan aku pun pakai penumbuk.
pertama kali dalam hidup pakai pump-gun.
rasa cam zaman koboi pulak.

rupanya pakgat tak bagi masuk sebab tengah masukkan duit.
jangan la pakai pump-gun. tunjuk tangan pun ok pe.
boleh demam woo.. cakap aku dalam hati.

masa menunggu agak lama.
dalam kepala dok pikir;
kalau aku rompak van ni ok kot.

aku kena cari kekurangan dan kesilapan dalam urusan itu
aku peratikan pakgat yang pegang pump-gun tu bertugas seorang.
aku peratikan van yang menunggu agak hampir. susah juga
aku peratikan tayar yang digunakan macam brand senang bocor.
dinding van tak macam kalis peluru.
pegawai yang membuka mesin atm bertubuh gempal.

aku tekapkan muka di cermin bank.
aku melihat dengan tajam kombinasi nombor di peti besi atm itu.
ada satu pemusing dan lapan butang di bawahnya.
tiga kali pusing ke kiri. dua kali pusing ke kanan.
nombor kombinasi aku dah hafal.

nampaknya aku boleh jadi perancang rompakan ni.
hahaha.
set masa. peratikan kunci.
kautim dengan budak gemuk tu. mintak nombor telefon dia.
aku peratikan lokasi kamera cctv.

aku juga merancang menggunakan pajero bernombor plat palsu.
apabila van berhenti kami akan langgar van duit itu.
seorang akan tawan pakgat pump-gan tu.
dua orang akan ambik 4 peti duit yang mungkin bernilai jutaan ringgit.

aku?
bos takkan nak rompak sama.
bos berlakon jadi pelanggan nak masukkan cek la.
bila tengah merompak kena buat muka takut.
tangan taruk belakang kepala macam tawanan.

sama macam kat tv tu.

buk!
kunci budak gemuk tu jatuh.
aku tersedar dari rancangan rompakan.

aku pasti semua orang ada impian begitu.
merompak bank. cepat kaya.
macam dalam kisah italian job. the bank job.
ratusan lagi filem dan aksi sebenar.

aku takdelah nak merompak
nanti jadi macam cerita mad money
duit banyak sangat tak tau nak sorok mana.
akhirnya kantoi jugak

Tuesday, September 01, 2009

transkripsi tazkirah tuan guru nik aziz


filem pendek oleh : amir muhammad
pelakon : yab tuan guru nik abdul aziz nik mat
tajuk : the tree
untuk terbitan : 15malaysia
__________

"seperti dalam satu hadith..."

kemudian tuan guru membacanya dalam arab dan berkata;

"mana-mana orang islam, yang menanam satu tanaman, samada taman tanaman renek yang kecik, tanam pokok besar. maka sebarang benda yang keluar daripadanya dikira sedekah.

"burung hinggap atas dahan. (kira) sedekah. segala binatang-binatang buas, tupai yang makan buah. (kira) sedekah. orang-orang yang duduk gi di bawah bayang dia pun. (kira) sedekah.

"sedekah ini merupakan duit antarabangsa.kita bukan hendak dari duit tempatan dan duit luar. maka kita berserah.

"akhirat ni luar daripada.. hak luar daripada segala keadaan. kita perlu ada duit juga untuk akhirat. duit ini kita tak panggil duit. tak panggil currency. kita panggil pahala.

"as-sawab, iaitu pahala. sebagaimana kita perlu pada duit-duit yang kita buat ni. duit tempatan duit luar. maka kita perlu ada pahala.

"kerana bila kita masuk kubur.tak kira kaya miskin kita tak guna duit kita. duit malaysia tak guna, duit amerika pun tak guna. emas jongkong pun kita tak guna. kita guna pahala.

"jadi satu daripada cara pahala. ialah kita menanam. sama ada menanam cara tepi rumah. atau tanam dalam bentuk kita panggil komersial sekarang ini. untuk estet besar-besaran. tanam getah, tanam sawit, tanam buah.

"selain daripada kita dapat hasil dari tanaman ini. semua jenis manusia, binatang apa saja yang dapat manfaat dari pokok ini kita dapat pahala.

"tak payah jual. tak payah itu ini. kita dapat pahala. jadi ini satu rangsangan dari islam, bagi membolehkan kita ni duduk dalam keberkatan allah swt

"kita menanam nak bagi dapat pahala.bak gitu jugalah di atas bumi-bumi yang halal. jangan tanam di atas bumi rampas orang. tak boleh. dan belanja yang kita guna untuk beli baja, untuk gaji kuli,mesti..tu mesti ada akad.

"kita janji nak bayar kuli sepuluh ringgit sehari. akhir kita bayar lima ringgit sehari. kita tak dapat pahala.

"itu dia. jadi benda-benda begini, kita jaga. kita sebagai penanam ni. jaga peraturan allah.

"nak tanam sebanyak mana. sepuluh ribu, sejuta ekar sekalipun. alhamdulillah. menanam adalah ibadat.

"jangan merasa ibadat ini adalah sembahyang. ibadat ini sebenarnya ialah merendah diri kepada allah.

"kita pergi ke mekah. tidak merendah diri pada allah. gi tujuan nak makan angin, tujuan nak beli barang murah,tak jadi ibadah.

"jadi ibadah itu merendah diri pada allah."

kemudiannya..

"satu masalah yang timbul di seluruh dunia. di seluruh dunia islam, ditimbulkan oleh musuh islam ialah mengasingkan hidup daripada peraturan allah."

Friday, August 28, 2009

Kalo tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

sempena bulan umat nabi muhammad ini. aku kongsikan satu cerita agama.

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaanmengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untukmemastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya,kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat disyurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempatbertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Diasendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "KalauTuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung...

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati puntak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?

Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak... takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak."

Tuesday, August 25, 2009

p.ramlee - masam-masam manis


cikgu syaari
"hoo.. perempuan keberet dah balik ya. eii..dengar sini baik-baik perempuan keberet. ini bilik aku. sekarang aku dah pasang dinding balik.sebelah sana bilik kau. GET OUT! both of u. dwcbbadc"

rosnah (kawan norkiah hanum)
"cikgu. biarlah saya terangkan keadaan yangsebenarnya cikgu"

cikgu syaari
"tak payah kau terangkan rosnah. aku tau segala-galanya.heh. cikgu sekolah masak-memasak konon.keluar rumah pakai kain tudung. pakai kain batik. pakai baju kebaya. jalan pakai selipar. macam orang kampung. sampai sana bukak baju. dedahkan dada. terpekik terlolong. heng sana. heng sini. itu bini aku ka."

rosnah
"cikgu. norkiah bukan penari. dia penyanyi cikgu."

cikgu syaari
"ahh.. penari dan penyanyi sama juga.perempuankeberet semua sama. LOW CLASS!!!"

Monday, August 24, 2009

P.Ramlee - Nasib Doremi Scene - Kedai Kopi




Do Re Mi berjalan masuk ke sebuahpekan kecil yang sibuk dengan urusanperniagaan. mereka berhenti di tengahpekan sambil memandang keliling kehairanan.

"kita dah sampai kampung mana ni?"ujar MI sambil memandang ke arah DO dan RE

"jangan-jangan ini kampung yang kita jual ubat dulu tak." sambut RE sambil memandang ke arah MI dan DO.

"bukan da. ini kampung baru da"bantah DO yang memegang gitar.

"haa.. bagus la selamat"sambung RE kelegaan sambil memegang topinya.
mereka memandang keliling.

"Ei.. korang ada duit. Duit." ujar DO terus memandang RE.

"Mana ada!!!" jergah RE sambil terangkat bahunya.

"Ni.. Oii. ko ada duit?" tanya DO sambil memandang MI di kanannya.
"Aku apa yang ada" jerit MI.

"Ei.. besar punya hal daa" keluh DO sambil cekak pinggang.

Mereka memandang keliling lagi. Kemudian RE menunjuk ke arah dalam kedai dan kelihatan seorang pak lebai tengah menghirup secawan kopi sambil memegang sepotong kuih.

"Ha! Ni nampaknya ada sekor lembu yang kita nak keeek!" ujar RE sambil memenggal lehernya dengan jari.

"Apa yang nak buat?" soal DO.

"Ilham.. Ilham.. Sabo..sabo.." jawab RE sambil menunjukkan kepalanya. Ilham la konon.

"Ni ko pegang" sambung RE sambil menghulurkan alat muzikyang dipegangnya ke arah MI.
RE trus berjalan ke dalam kedai makan di hadapannya dan mengucapkan

"Assalamualaikum"

"Waalaikums alam" jawab pak lebai yang kemudiannya terkejut memandang RE.

"Ehh! Mike ni macam teman kenei la ye" ucap pak lebai girang dalam loghat perak.

"Eh.. ape tidaknyee" jawab RE kemudian melangkah masuk ke kedai makan itu.

Kemudian mereka bersalaman dan pak lebai tersebut bertanya "Apa khabar" dan RE menjawab

"khabar baik"

"sila..sila" sahut pak lebai.

"terima kasih" jawab RE yang terus duduk.

"dimane kita berjumpe ne?" soal pak lebai

"eiii. masa kita sama-sama naik haji.. he..he.he" jawab RE.

"ehh.. takbekale teman naik aji eh..tahun depan baru nak cadang ni heeeh!"balas pak lebai pelik.

"sama-sama menghantarkan orang naik haji" dengan pantas RE menjawab balik.

"ooo..yang itu.. iyee..le.." pak lebai terhangguk-hangguk.

"eii.. cepatnye pelupee..." ujar RE kepelikan.

"iye maklumlah dah tue" pak lebai tersengih-sengih.

"kita sama-sama mengaji sekolah pondok dulu...kan" terang RE.

"mengaji pondok mane? banyak pondok yang teman mengaji ni heh" soal pak lebai.

"kita sama-sama mengaji.. te.te..ape nite..tesauf.. haaa." auta RE.

"tesauf?" pak lebai pelik dan RE takhabis-habis dengan "aaa.."

"tesauf.. tesauf.. semanggoi" pak lebai ingat-ingat

"haa.. betoi la.. hahahhh.." RE terus tepuk meja.

"semanggoi la.. iye..iye..iye" pak lebaitergelak dan seronok.

"sapa nama ostat yang mengajar kita tu?" soal RE

"ostat dol keke!!" jawab pak lebai

"aaa..dok keke ye.. dia lah mak tiri laki mak saya.. hahahah.." RE tergelak gelak besar.

"iye..hahah" pak lebai buat muka pelik.

"dengar kabar ostat dok keke pun dah mati kene tebe! heheh.."

"tebe?" pak lebai buat suara pelik.

"tebe.." RE ulang balik.

"tembak!!" pak lebai betulkan.

"haa.. entahlah.. dengar khabar begitu la" suara RE perlahan.

"iye.." pak lebai sengeh

"ehh.. minum sorang ke?" soal RE

"eh.. silelah .. silee..sile...sile.." pak lebai mengalukan RE minum sekali.

"eii... bagi kopi oo.. sate" RE melaung kuat ke arah tukang buat kopi

"sate..ehh.. satuu.." pak lebai betulkan.

"ehh.. satuu.. sate pulak!" RE tersasul sambil menutup mulut.

"begaye nampaknye?" soal pak aji
"eii" RE tak dengar.
"begaye!" perli pak lebai.
"eii.. biar pape kata orang asalkan bergaye. tak mengape.."

"iyee.. heee..heeee..." pak lebai gelak panjang

"jemput la jemput" pak lebai mengalukan RE minumdan dia juga minum sama.

"bilaaa... nak makan nasi ni?" soal RE.

"ehh.. lambat lagi niii...belum masee.." jawab pak lebai

"ini aje makan.." suara RE perlahan.

"eii.. sile lee..." pak lebai menghirup kopi.

"ini pun.. tak mengaaaapeeee...!!!" RE terus mengambil lepat di atas meja, memandang luar dan terus makan lepat.

"iye le.. iye.."

"aumm..." RE menyunyah.

"apa da dia cekik sensorang je" MI tak puas hati.

"eii.. besar punya hal la..." DO terus mengangkattangan tanda tak puas hati.

DO terus bersiul dan MI menghentak alat muzik kepunyaan RE ke tanah. RE memberi isyarat tangan menyuruh tunggu.

"eii.. nanti pulak konon" MI tak puas hati danmemandang ke DO.

"sile..sile.. sorang saje kee?" soal pak lebai.

"ehh.. bertige..!" RE terus minum.

"oo.. bertige... mane lagi due?" soal paklebai lagi

"ada di luee.. hehhe.." RE sengeh.

"ngapa tak dipangge.." pak lebai kehairanan.

"ehh.. tak dipelaweeee"

"ehh. pangge lee.. sile lee.." pelawa pak lebai.

RE terus melambai DO dan MI untuk masuk ke kedai sekali.

"dia panggil.." MI memandang DO dengan tersenyum lebar dan mereka pun masuk kedai tersebut.

"sile la.. sile" DO terus ke bersalam dan dudukdi sebelah pak lebai. dan MI duduk di depan pak lebai.

"ape nak mintak.. mintak la.." jerit RE.

"haa.. mintak la.. kopi kee.. teh kee.." balas pak lebai.

"mintak kopi satu ye.." DO memesan minuman

"saya pun kopi" MI memesan dan terus duduk

"kopi due!" jawab pak lebai pantas

"makan..makan..makan.." Do terus mengambil lepas..

"sile..sile.." RE pun menyunyah sama.

"nasib baik jumpa pak lebai ni" MI memulakan sembang.

"kalau tidak kami sesat la tadi " sambungnya.

"nak mencari sape die..?" pak lebai kehairanan.

"nak mencari pak haji hussin!" jawab MI.

"pak haji hussin. pak haji hussin manee?" soal pak lebai.

"pak haji hussin ngok ngek. kaki untut kepala kemek" muka RE terus berubah dan rimas.

"oo.. bapak saye tuu..!!" jerit pak lebai.

"kedai beras tu heeeee.." pak lebai menyambungdan menunjuk ke arah luar kedai.

"betuk ke..?" RE kehairanan

"iyee.. tu heee.." pak lebai bersemangat.

"eii kalau begitu marilah kite berjumpe.." cadang si RE.

"takpe..takpe..takpe.. takkkkpeeee...." pak lebai menahan.

"rezeki jangan ditolak.. merbahaye jangan dicari" sambungnya.

"haaa..hee.." semua tergelak..

"haa.. makan.. makan.. duduk..duduk.. ape yang dema mantak tu.. mintak la ye"

"tunggu sampai teman tibe ye..."

"iye le..." jawab RE.

Tuesday, August 18, 2009

sabar

SABTU lepas.

nokia n61i yang telah aku pakai dari 2007 telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10 pagi itu. mikropon rosak. selepas bercakap dengan nazri.


aku tarik nafas dalam.
dan lepas laju-laju.


mood hari tu hilang.
duit pun dah tinggal syiling-syiling je ni.
ada nokia sabun - bateri kong
ada dopot lipat - fungsi pelik


takde pilihan. pakai ajelah dopot lipat.
iphone 3gs berkenan jugak. tunggulah harga serendah 200 ringgit baru beli.
hari sabtu takde mood nak sembang.

esoknya ~ AHAD

cuaca cantik panas.
jadi pagi tu. aku basuh kereta sendiri . siap wax sekali.
2 jam mengadap kereta.

setengah jam lepas tu.
hujan lebat.
~ aku sabar.

pergi kenduri di klang.
dalam keadaan hujan ribut.
~ aku sabar

dah sampai kenduri bateri kereta kong.
~ aku sabar.

baju agak kebasahan masa kenduri.
~ aku sabar juga.

balik dari kenduri. aku bukak bonet depan.
aku cas bateri. automatik kereta lock.
anak aku yang umur setahun ada dalam kereta!!!

dia menangis kuat.
dan kami tak dengar dari luar.
umpil segala cermin.
tak buka.

minta bantuan ihan dan kawan-kawan kenduri.
tak buka.

segala kepandaian bengkel keluar.
segala trik memecah kereta keluar.
pintu tetap tak buka.

anak aku makin tinggi tangisnya.
isteri dah hilang suara
~ aku gelabah dan hilang sabar

pilihan terakhir.
pecah cermin belakang.
tapi ramai yang kata usaha dulu.

aku call padil.
mekanik harapan aku.
dia sangat mahir dalam kereta waja.

"pecah pembukak pintu belakang"
"ada 3 wayar. tarik satu wayar kuat-kuat"

sorang abang pecahkan pembukak pintu.
ihan tarik wayar. tak buka juga.
guna tangan budak-budak. untuk masuk dan tarik selak.
tak bukak jugak.

usaha terakhir.
ihan tarik semua wayar dan...
tup..
pintu belakang terbuka.
..amin..

kami hanya ada RM100 untuk membeli barang dapur.
itulah duit untuk beli sayur. susu. gula. beras.
akhirnya ke bengkel membetulkan kerosakan kereta.

dan untuk hari-hari seterusnya.
kami akan makan apa yang ada di dapur.
dan cuba mengikat perut menunggu gaji lagi 2 minggu.

dan alhamdulillah kami tetap sabar.

Friday, August 14, 2009

apa kerja saya

saya designer.

saya design semua benda.
poster.banner.bunting.kad jemputan. kad kahwin.risalah.majalah. resit. borang. buletin. sijil. direktori. pelekat. ads. e-board. dan pelbagai.

selain design saya juga menghasilkan.
idea. konsep. layout. formal. santai. ceria. korporat. protokol dan pelbagai.

saya juga terlibat secara langsung dalam.
90 peratus idea.konsep. design.
bagi pelbagai acara. majlis. seminar. forum. keramaian. dialog.
bersama agong. sultan. pm. menteri dan datuk.
yang terlibat secara langsung dengan majlis bandaraya shah alam.

saya juga bekerja tak kira waktu.
saya pernah bekerja melebihi 36 jam tanpa tutup mata sesaat.
saya juga biasa bekerja 16 jam sehari. 8am-12am.
saya pernah abaikan keluarga.
saya pernah makan ubat penenang.
saya hampir ke psikatri kerana tekanan.

saya bekerja seorang.
saya tiada pembantu design.
jika ada 10 kerja baru sehari.
dan perlu siapkan esok pagi.
maka saya tak tidurlah sampai esok pagi.
perkara itu biasa bagi saya.

kaya?
oh tidak. makan gaji mana boleh kaya.
saya biasa membuat tuntutan kerja lebih masa.
tetapi majikan saya kekurangan duit untuk membayar.
jadi kerja percuma untuk majian adalah biasa.

seperti orang lain.
catuan duit juga ruji kami.
maka amalan puasa adalah biasa.
boleh kuruskan badan.

jadi apa kerja terdekat?
macam biasa. saya tengah hasilkan;
1. LED board - selamat menyambut ramadhan (design)
2. Borang jualan kad raya (konsep.design)
3. banners dan info H1N1 (design)
4. risalah bulan september 2009 (konsep.design)
5. poster sukarelawan (redesign)
6. kad jemputan rumah terbuka MBSA (redesign)
7. stiker pusat kitar semula (konsep.design)
8. LED board - selamat menyambut hari kemerdekaan (konsep.design)
9. buletin (konsep.design)
10. bunting Laman Budaya (konsep.design)
11. buku laporan 40 muka (konsep.design)

semua ini saya perlu hasikan dalam masa 3 hari.

kenapa awak tulis semua ni?
sebab saya stress.
BANG!

p/s: penulis telah mati bunuh diri.

Monday, August 10, 2009

geram garam

aku dihubungi pada satu petang ahad;
"aku kat pc ko ni. mane fail bla.. bla.. bla.."

dalam hati aku cakap.
apa yang kau buat di pc orang pada hari cuti?
aku tau itu harta kerajaan.
tapi kau takde hak menceroboh pc orang
semata-mata mencari satu fail.

aku rasa dia ni seperti seorang perompak yang nak mencari rantai belian tapi dia telefon tuan rumah tanye mana periuk?
pc aku takde nilai bagi yang tak tahu.
bagi sapa yang tahu.
pc aku adalah setinggi-tinggi nilai bagi seorang pereka grafik.

aku ada ratusan maklumat peribadi
aku ada ribuan ilustrasi tulen
aku ada ratus ribu gambar cantik
aku ada jutaan logo, idea, konsep
aku juga telah peruntukan billion minit untuk semua hasil itu.

datang perompak. copy. paste.
kau tak marah?
hasil usaha kau beberapa tahun telah disalin percuma
tak sampai 5 minit.

kunci telah ditukar dua kali.
alasan meminta kunci sebab bos nak cetak cepat.
sebab nak maklumat cepat.
sebab itu. sebab ini. tau-tau esok.

mesin cetak tak tutup.
meja bersepah.
pc tak tutup.
macam-macam file lain yang dibukak.
kau tak geram.

aku tak pasti dah berapa perompak ini beroperasi.
kerana bukan sorang.
penghuni lama pc aku pun kadang kala ada skali.
tumpang cetak.
padahal ada syarikat besar.
pendapatan setengah juta setahun.
tapi cetak percuma kat pejabat lama.

bila rosak.
bila patah.
bila hilang.
semua diam.

aku boleh bersikap syaitan dengan menukar kunci ;
'kau ingat pc ni abah kau punya'
atau
'setakat datang curi fail baik kau berambus aje dari pc aku'

tak sedap pulak sebab ini harta kerajaan.
entahlah. aku rasa cara paling berkesan.
aku cut dan paste aje ke pemacu mudahalih aku.

hmm.. nanti aku pikir bila dah tak geram.

minggu yang lesu


hari minggu ditunggu diatas usaha kerja dihari lain.
lain orang lain rehatnya.
ada bersama keluarga.
ada bersama teman.
ada berhibur sendiri.
dan ada juga yang berteman mimpi.

rehat di hujung minggu kali ini tidak menyebelahi aku.
rehat juga tidak datang pada hari biasa dalam minggu ini.
adakah boleh digelar rehat jika masih menyukat susu pada jam 2 pagi?

perkara biasa bagi aku. tapi tidak seminggu ini.
aku perlu pulang sebelum burung pulang.
aku perlu lupakan kerja kerana kerja tak pernah lupakan tuannya.
aku juga perlu kuatkan tenaga.
kerana kekuatan itu tuan alam yang punya.

aku hulur perut tangan di muka ketua.
kerja ini penting, tetapi urusan di rumah juga penting.
tidakkah cukup bekerja dari pagi.
hendak pula diterus sampai malam.
adalah tidak normal jika lapan jam diberi.
hendak ditambah lima jam lagi.

adakah aku memiliki kerajaan sebesar nabi sulaiman untuk diperah?
atau
memiliki harta setinggi karun untuk diratah?

aku tidak sapa-sapa jika dibandingkan.
apa perlunya kerja sehebat itu jika hasilnya.
hanya melebarkan senyuman orang lain.

aku punya waris yang bernyawa.
aku miliki harta yang akan memberi cahaya putih di lubang yang gelap.
jika betul lampu itu yang menyuluh.
aku memiliki satu sahaja cahaya itu.

harta sangat kecil. kekuatannya juga sangat kecil.
lampu yang menyuluh? tak ada lagi.
harta ini hanya sebesar sel bateri.
terlalu kecil untuk dibentuk menjadi bateri.
apatah lagi menjadi lampu suluh.

tetapi aku telah diamanah oleh tuan punya harta ini untuk menjaganya.
dan ujiannya tiba bila amanah ini dipikul sendiri.
tidak bersama teman.
teman itu berurusan di pulau helang di pulau dayang.

agak lesu bila berkejaran. kelam kabut pelbagai urusan.
baju perlu dicuci.
botol perlu disinki.
makan juga harus diberi.
aku menyusun baju.
dia juga susun mainan.
aku kemas di almari.
dia kemas depan tivi.
aku teriak memberi arahan.
dia sibuk membaling mainan.
aku ugut tak kemas tiada susu. dia peduli apa.
berjoget mendengar lagu. menjerit meminta susu.
dan akhirnya aku mengemas dalam lesu di waktu lena yang panjang si kecil dipangku.

adakah sesiapa peduli hal ini? tidak.
kerana ciuman pagi si kecil cukup menyegarkan lapan jam berikutnya.
dan aku tak peduli hal sendiri.
kerana hal si kecil ini cukup memabukkan aku selama mana aku terjaga.

disaat aku berdiskusi sendiri ini.
aku berada dalam kesejukan tengahari.
dalam kereta yang melenakan sikecil dua jam tadi.
aku lapar. dia lena.
aku perlu makan tapi si lena ini tidak bergerak dari tadi.
aku menurun tingkap dia terjaga dan lena kembali.
dan aku masih disini menanti sepasang mata besar terjaga
dan tersenyum sambil teriak, nak.nak.

Tuesday, August 04, 2009

adidas king of the road


seumur hidup aku hanya berlari 2 kejohanan aje. merentas desa masa sekolah dan larian 5km anjuran hong leong bank 7 tahun lepas. itu pun lari tak habis.

masa merentas desa sekolah aku terjatuh masa permulaan. larian hong leong pulak kena hasut dengan member. orang lain lari sampai habis. awak lari sampai kedai mamak terus pekena teh tarik. tak sukan langsung.

aku dapat tau larian adidas ni dari bulan april lagi. semenjak itu semangat nak lari memang tinggi. aku tinggalkan aktiviti futsal mingguan. aku simpan duit dan beli kasut lari. aku sukat makanan. aku paksa diri berlari jugak di tasik walaupun sibuk. aku kerap sakit kaki dan tetap juga berlari bila sakit dah sembuh. aku buat rujukan segala tentang larian di internet. makanan, latihan, rutin, info di youtube, di nikerunning, pelbagai.

aku membayar sendiri yuran larian walaupun boleh percuma. segalanya kerana aku dah kecanduan larian.

bagi aku sukan larian maraton ni kategori sukan lasak seperti tritlon atau berbasikal. sebab kita aktif tanpa henti di tengah panas. jadi tahap kepenatan sukan-sukan lembut seperti boling, catur, dat atau dam aji memang jauh bezalah dari ini.

hari pertandingan semakin dekat dan aku sangat takut untuk berlari. pertama kerana aku tak pernah berlari sejauh 11km tanpa henti seumur hidup. kedua, latihan larian aku pun setakat 3-5km je 2 kali seminggu. ketiga aku takde motivasi untuk berlari kecuali diri sendiri. aku selalu cakap kat diri sendiri, orang lain pun boleh buat, takkan kita tak boleh.

jadi pada subuh yang hanya sempat tidur sejam itu. aku terus siapkan diri untuk berlari. fizikal aku memang meragukan pagi tu. dengan sakit di pergelangan kaki berulang sebab berdiri 5 jam di konsert search semalam. aku cuma boleh harap semangat aje.

sesampai di stadium shah alam, aku carik kawan-kawan sepejabat untuk mencari semangat. nombor peserta dipin oleh faizal panjang dan kak sab. ambik gelang peserta dan terus ke kawasan pemanas badan. aku tengok pelbagai jenis warm-up ada. yang berlari. yang luruskan kaki cam gimnastik. yang tolak dinding. yang tak warm-up tapi sapu minyak panas pun ada.

pihak adidas memberi baju singlet kuning pada para peserta. dan aku tengok ada yang tak pakai. aku pun tak pakai sebab saiz kecik. lagipun singlet beb segan sikit la. biasa acara lari-lari ni bangsa cina memang ramai masuk. amoi yang aku jumpa pun kebanyakkannya tak kisah berpakaian seksi. yang melayu seksi pun ada jugak. dalam hati aku cakap kat tasik tak jumpe pun muka-muka ni. mana diorang berlari ye. selebriti fitnes kot. aku tengok ada 10 orang pelari kenya dan beberapa pelari pro tengah berlatih. diorang memang hebat la. ada sekumpulan peserta pakai baju dari persatuan larian. macam ditaja la.

mata aku dok melilau gak kot ternampak member. sorang pun tak nampak. hari sebelum sikit punya berkobar cerita. nak telefon pun tak boleh sebab telefon aku dalam beg. harap jumpa masa lari ajelah nanti.

bagi kategori 22.7km peserta dilepaskan pukul 6.15 pagi dan perasaan aku teruja sangat nak lari dah ni.

tepat jam 7, peserta berjumlah 3000 orang telah dilepaskan oleh tan sri khalid mb selangor dengan sepucuk pistol semiautomatik dengan peluru 3mm. aku lari takdelah laju. ikut langkah orang.

500m yang pertama adalah larian mendaki. aku hampir berhenti lari kerana penat. tapi takde orang berhenti. aku terus berlari. orang gemuk pun lari takkan aku nak berhenti. 1km kemudian aku dehiderasi. tekak terlalu kering. air liur takde untuk ditelan. kemudian aku muntah angin kat tepi jalan. lari tetap lari.

aku pandang depan belakang dan aku agak kehadapan bila melihat nisbah. depan agak kurang orang berbanding belakang macam laut ramainya. aku rasa aku berada dalam kalangan 50 yang pertama.

jalan utama di shah alam ditutup sepenuhnya dan aku lihat sorang mat motor tengah pujuk polis untuk ke seberang jalan semata-mata nak hantar bini dia pergi keje kat hospital. dah lambat katanya. sian aku tengok.

3km seterusnya ada hentian air. aku capai 2 cawan 100plus sekaligus dan hasilnya aku lari 2km tanpa henti. baru aku tau hebatnya 100plus tu. aku berlari ikut orang. bila sebelah aku awek baju hitam. aku akan cam dia. bila aku agak perlahan dia kedepan, aku akan kejar balik bila ada tenaga. strategi tu berkesan.

walaupun orang yang dikejar bertukar-tukar. kejap awek baju hitam. kejap pelari dari turki yang memakai bendera seperti superman. kejap lelaki cina botak yang pakai seluar merah pegang air mineral.kejap amoi yang melecet kaki tapi tetap boleh lari lebih laju dari aku. yang penting aku tetap berlari.

yang bestnya masa lari melintasi depan pejabat pos aku saing dengan pelari kenya. puh macam pro larian aku masa tu beb. saing dengan atlet kenya tu. dan aku dapat potong pelari kenya yang tak laju tu. bangga gila. lepas ni aku bole bukak cerita, setakat pelari kenya tu aku dah pernah potong la.

3km yang terakhir trek larian makin sesak dengan pelari dari 22.7km dan 8km bertemu. aku terus berlari ambik ruang selesa untuk bernafas. kaki aku kejang, pedih, sakit dan suhu badan aku sangat panas. rasa nak lari bukak baju aje.

1km terakhir aku tiba-tiba jadi sebak plak. teringat latihan selama ni. pengorbanan untuk larian ni. aku tak rehat dari semalam. aku tak pernah lari sejauh ni. kaki aku sangat sakit tapi boleh lagi berlari tak macam setengah peserta lain dah duduk tepi tembok ada yang berdarah sebab melecet. aku cakap dalam hati. terima kasih ya tuhan kerana memberi pengalaman manis ini. seronok amat.

larian tamat di dalam stadium shah alam dan aku sangat bangga dengan diri sendiri. aku dah berlari selama 1 jam 30 minit. tak pantas tak perlahan. setanding pelari kenya.dan yang penting habis.

minum milo sepuasnya. makan bijirin sarapan sampai 3 mangkuk. tengah makan bijirin nampak si rosli baru sampai dengan kaki melecet sampai berdarah-darah. berlari tak pakai stokin. ko ingat merentas desa ke.aku pun bawak la dia ke pusat rawatan. aku jumpa kawan-kawan yang bekerja.semuanya sibuk kerana upacara penyampaian hadiah. aku pun ambik beg dan terus balik. dalam kereta peluh keluar tak henti-henti. sampai aku duduk beralas surat khabar. singgah kedai beli 100plus lagi. botol besar aku gogok tak sampai 5 minit dah habis.

sampai rumah kaki mula kejang. pinggang tersangat sakit. aku tak boleh berjalan. aku tak boleh baring. badan terlalu letih mata mengantuk kerana tak tidur. dan seharian aku lesu. malamnya aku ke klinik dan doktor memberi cuti sakit kerana aku dihidrasi dan tekanan darah rendah.

doktor bagi air garam dan pil vitamin untuk pulih. aku tak kisah bab sakit ni. yang penting berbaloi-baloi.

maklumat terkini: ada sorang peserta 22.7km meninggal selepas larian. takziah pada ahli keluarga mangsa.

konsert peringatan search.

aku diingatkan tentang konsert ini sebulan yang lalu oleh abang alis.
memang teruja. tiket mane nak cari?
abang alis ada sms dan aku pun tak tau mana nak cari.

minggu lepas sham ekon dah racun aku dengan tiket yang dia beli.
siap cakap "berbaloi baloi". aku masih tak pasti nak pergi ke tak.

sebab pertama. ahad subuh tu aku akan sertai adidas king of the road bagi kategori larian 11km. pasti badan perlu rehat lebih.

sebab kedua. aku kesian dengan anak bini aku yang tak keluar kemana-mana sepanjang aku takde. aku boleh pegi tengok konsert pulak.

sehari sebelum konsert. belakang rumah mak mertua aku ada seekor babi tersesat masuk semak. riuh kejap pekan meru. dan abang alis kata dah belikan tiket. nak pergi tak? aku cakap malam karang aku sms.

tiga jam selepas itu aku dah sms dan kata peeweettt.. berbaloi-baloi. kira pegi la tu.

kami gerak pukul 5 petang esoknya. bukan berdua je. aku, abang alis, abang arif, abang sham dan mat juling. nama dia aku tak tau. ikutkan konsert mula 3 petang dengan band pengiring seperti pesawat, republic of brickfield. kitorang rock kangkang takkan nak tengok pesawat kot. tak masuk jiwa la.

sesampai je kat padang lumba kuda tu jem boleh tahan. ada dua pilihan. parking selamat dan menapak beberapa kilometer atau tindih keta orang dan buat muka kering.

akhirnya kami ambik pilihan ketiga. tindih keta orang dan menapak beberapa kilometer. dan keta yang kena tindih tu keta member jugak. ok la. kami sampai pukul 7 petang dan suasana sangat teruja.

kebanyakkan pakai baju search. atau sekurang-kurangnya baju hitam. ada jugak yang sigadis yang seksi. biasalah rock-rock ni mesti ada awek. baru berbaloi-baloi.

masa tunggu tiket kami pegi makan cucuk-cucuk dulu. aku pun pikir. esok nak lari kena makan dulu ni. dan pukul 8 kitorang dah berpusu di depan pintu masuk.

memang bosan betul bila bab keselamatan ni. semua tak boleh. dah la aku bawak kamera. mampus kena rampas ni. last-last aku sorok dalam kasut. masa beratur pun tengok pakgad tu macam mana. kalau poyo sangat pegi lorong lain dan aku dapat pakgad yang tak poyo. jalan pun dah macam oku terjengket-jengket. padahal dalam kasut ada kamera.

kawan sorang lagi bawak kamera jugak. masa periksa dia angkat tangan tinggi-tinggi sambil pegang semua benda dalam poket. kamera, kunci, walet. pun lepas gak.

konsert bermula jam 8.30 malam tapi ditunda sejam kemudian. hati panas je. semua menjerit "tak berbaloi!". kami ditenangkan oleh isma halil sebagai pengacara. konsert macam ni memang memenatkan kaki. dah la esok nak lari. aku pun jerit "tak berbaloi" sebab kaki aku dah sakit.

kami berdiri di tepi pagar tiket mahal. boleh panjat pun. tapi malaslah. kalau indon bole la. dan memang ramai indon pun yang lompat masuk dalam. aku tengok kat dalam pun penuh. apa bezanya pun. tak berbaloi beb. bukan boleh kedepan pun. cuma ke tengah sikit aje.

depan aku ada coupe dengan anak kecil baya marissa. adui kesian betul. tengok konsert rock bawak anak dukung. pastu berdiri himpit-himpit dekat dengan speaker. lain kali duk belakang la beb. selesa.

search bermula dengan 2 lagu perlahan dan berhenti. menjerit la kiorang. dah la lambat mula boleh pulak tune2 gitar la. mikropon rosak la. speaker jangan cakap bunyi pecah aje. ape punya konsert la ni.

masa tengah rancak-rancak nyanyi aku perasan ada orang peluk blakang aku. ish gay mana plak ni. aku syak member abang alis tu je. sebab dia pun ada muka gay. dah la lembut tak kawen lagi. skali pandang belakang rupanya ada mamat baju putih tengah tido.

nak tido balik rumah la. aku mula-mula tak kisah lagi bila bab dia dah layu belakang aku. abang alis tarik aku terus ke belakang. mamat tu hayal habis la dan sorang kawan dia peluk dari belakang takut dia tumbang terus.

konsert macam ni pun ambik pil ke. bukan pegi disko. bodo betul. orang keliling dah jerit-jerit. "pijak oii.. pijak" last-last kawan diorang yang lain tarik ke belakang. dan aku enjoy konsert tu sampai kul 12.30 malam.

kepuasan malam tu tahap 3 bintang ajelah. konsert 3 jam pun banyak tuang gak. ada drum solo. gitar solo. cakap-cakap kosong. lagu pun banyak yang tak biasa dengar. sakit kaki lagi. tak berbaloi beb. syok lagi konsert wings tahun lepas kat planet. search pun banyak bawak lagu pelahan.

selepas konsert kami makan kat mutiara damansara. aku dah la nak berlari pukul 6 pagi. boleh pulak diorang ni lepak lama-lama. padahal diorang tau tu aku masuk maraton ni. ikutkan nasihat si faizal ragbi tak boleh makan takut muntah. aku pun makan roti bakar dan milo panas. takdelah berat sangat.

selepas makan dan hantar si juling tu kat seksyen 7, hantar abang sham kat jalan jabar meru. aku sampai rumah kul 4 pagi. aku cakap kerja gila la ni. tak cukup rehat. aku pasang tv. pasang lampu. set jam kul 5.15 aku terus tido atas karpet. nak tidur sejam mana boleh lena sangat nanti terlajak. cerita pasal larian korang baca kat sini.

Friday, July 31, 2009

kelas bahasa syurga - 2

kelas seperti biasa malam tadi. menjelang bulan puasa, ustaz suh datang jugak untuk tadarus. ikut pengalaman lepas memang gentar sangat lah bab tadarus ni.

dengan mikropon. dengan 20 jemaah yang memasang telinga. baca laju pun boleh gagap. lagi bertambah gagap bila ada mikropon. macam musabaqah pulak rasanya.

jadi tahun ni ustaz cakap. kita buat tadarus untuk kelas kita je. aku cakap ok. dalam hati aku ada tergerak nak tadarus kat qariah surau aku. itu akan dimaklum kemudian.

sepanjang aku dah berkelas ni hampir 3 tahun. aku tengok ramai jugak yang berminat nak join. banyaknya nak mula dari awal. kefasihan dan kelancaran. dah tanya ustaz. dia pun agak keberatan memandangkan komitmen dia dan tak tau setakat mana komitmen kita pulak.

ikut pengalaman kitorang dulu. mula-mula 20 orang. naik buku baru. kurang 7 orang. naik buku baru. kurang 5 orang. selepas 3 tahun tinggal aku dan jo je. nasib baik sekarang ni din dan zamhuri dapat hidayah nak join.

aku dan jo memang dah ahli seumur hidup kelas bahasa syurga ni. (insya allah). jadi bila ada ahli baru memang teruja. ramai lah sikit. boleh sama-sama belajar.

ada juga orang perempuan yang kata nak jadi cam aku. ada kelas ngaji ni. aku nak mengajar tak pandai. korang boleh pegi ke surau. telefon ajk muslimat surau. mesti diorang ada kaki. sapa mak pandai mengajar. belajar dengan mak.

tak rugi belajar bahasa ni.
"nanti ada pemuda tampan temankan kau kat kubur nanti"
aku selalu guna ayat ni. racun sikit beb.

kalau ikut cerita bila kita meninggal nanti. bila orang lain sibuk baca yasin. akan ada seorang pemuda hensem yang akan duduk di kepala kita. bila kita dikafan. pemuda macho ini akan duduk di antara dada kita dan kain kafan itu. kira nyorok la.

bila kita dah selesai tanam. orang pun dah cabut. (takkan nak tido kat kubur kot. gile!) maka datanglah 2 malaikat nak tanye 5 soalan cemu mas. tapi tak boleh soal sebab ada pemuda macho tu duk sebelah kita. bila malaikat nak halau je, mamat tu sound malaikat;

"lu orang apahal. dia ni kawan gua beb. kalau korang nak tanye dia. tanye ajelah. gua tanak blah sini. gua nak bawak member gua ni gi syurga"

dan mamat hensem tu pun akan cakap kat korang;

"beb. gualah al-quran yang lu rajin baca tu. kadang-kadang suara kuat. kekadang gagap-gagap. kadang-kadang tak keluar langsung. tapi gua tau lu baca dalam hati."

"lu jangan risau beb. abis je dua malaikat ni tanye lu. gua akan hamparkan sutera yang penuh dengan kasturi dari para malaikat dari syurga. lu memang tak terbayang punye beb. ni bukan karpet masjid india. made in syurga ni"

lebih kurang camtulah kot sembangnya nanti. sebab tu la aku rajin belek-belek kitab tu. harap-harap jadi member gua esok ni.

Thursday, July 30, 2009

masa+tenaga+duit

fasa 1 : remaja
ada = masa dan tenaga
takde = DUIT

fasa 2 : dewasa
ada = duit dan tenaga
takde = MASA

fasa 3 : tua
ada = duit dan masa
takde = TENAGA

Tuesday, July 28, 2009

satu petang di pejabat

bos kecik : ajua order mcdonel. malas nak keluar la.
aku : ok.
* dan beberapa pesanan lain turut ada sama.

mcdonel : selamat tengahari encik mohd ajua. bole saya dapatkan pesanan.
* budak ambik pesan ni cakap pelat cina. dan aku sebutkan semua pesanan.

mcdonel : saya ulang aaa encik mohd ajua. satu ayam goleng. satu big mek.
aku : no pork aaaa..
mcdonel : satu kok. satu rebina. semua 48 linggit.. bla.. bla.. nombor pesanan..
bla..bla.. bla.. 45 minit makanan sampai aaa...
aku : no pork aaaa...

45 minit kemudian.
makanan masih belum sampai dan aku dah nak pegi meeting ICT.
kawan aku call balik kedai badut tu dan maki.

sejam kemudian.
makanan masih belum sampai dan aku dah nak mati kering kelaparan di ICT

sejam setengah kemudian.
makanan dah sampai dan dengar cerita yang hantar budak OKU.
mereka tak sampai hati nak maki sebab budak OKU kepala teleng.
entah-entah buat teleng.

budak teleng : semua 84 ringgit.. bla.. bla..
bos aku : bukan ke 48 ringgit ke..
budak teleng : oh silap.. semua 48 ringgit...

*budak teleng ni tak sekolah ke atau gugup sebab dah kena maki?

dan petang tu aku balik meeting bigmek dah sejuk. cilakak.
kalau aku yang pesan mampus aku tanak bayar.
lambat 2 jam.

___________

cerita hari sebelumnya.
6.00 petang

bos aku : ajua order mcdonel.
aku : baik

sejam kemudian makanan sampai.
air kok bos aku dah tinggal separuh.
lagi separuh tumpah dalam plastik

aku : ko gi makan ke. lambat betul sampai. ngular boleh tahan ko ye.
budak mcdonel : *sengeh

dan bos aku minum air kok dalam pastik bungkus.
bukan dalam cawan!

**aku rasa budak semalam tu memang nak dajal kitorang harini.
**cilakak.

bila si pandai mati mengejut

aku sekarang sedang buat kajian serius.
tentang si pandai yang mati mengejut.
dengan situasi kritikal internet di pejabat.
aku perlu beraksi pantas.
*sebenarnya takde kajian pun. sekadar nak posting kat blog ni je.

apa sebab si pandai semenjak kebelakangan ini mati mengejut.
terutama akibat dari PENDARAHAN OTAK.

mereka adalah
si pandai tulis lagu. loloq pada 30 jan 2008.
si pandai bikin filem. yasmin pada 25 julai 2009

ikut pembacaan adalah disebabkan tekanan darah yang tinggi.
dan untuk rekod pendarahan otak berada naib johan penyebab kematian.
kalau tak mati biasanya lumpuh selamanya.

nampaknya aku tak boleh banyak fikir.
nanti PENDARAHAN OTAK.
dan tak boleh juga tekanan darah tinggi.
nanti PENDARAHAN OTAK juga.

ikut apa yang terjadi pada mangsa. nyawa ditarik terus.
seperti mati pelanggaran.

mati langgar sebab cuai.
mati PENDARAHAN OTAK?
sebab cuai menjaga otak jugak ke.

nampaknya mulai sekarang kena jaga otak.
jangan sampai berdarah.
nanti PENDARAHAN OTAK susah.

nyawa ditarik terus.

doa-doa mati dalam keadaan dah bersedialah ye.
amin.

Saturday, July 25, 2009

aku muda 10 tahun

sekarang ni aku berada di cc *cyber cafe* di samping sekumpulan warga muda yang disebelah kiri sibuk update myspes. belah kanan sibuk main games.

aku kat tengah tengah sibuk bukak email. buat kerja macam kat opis. sungguh sengah waktu ini. aku rasa muda 10 tahun.

kali terakhir aku gi cc adalah tahun 1995 di sungai petani.
regiser hotmail. masa tu gempak la dah ada email.
dan chatting guna mirc dengan nama jebatderhaka.
masa tu satu jam 8 ringgit. mahal nak mampus. siap ikat perut seminggu semata-mata nak main internet kat kedai buku. zaman tu takde cc.

zaman tu sapa ada laman web kira gempak sangat lah.
tapi isi dalam laman web macam buat dari powerpoint je.
mana da myspes. pesbok. frenster. ym apetah lagi
perkenalan pun pakai email. hari ni hantar email.
minggu depan tengok. pastu balas. dan terus menerus.

sengal betul zaman tu.
tapi bangga ada email.
selangkah kedepan dari kawan lain.
cikgu pun takde email.

hari ini.
aku kendali 3 email. hotmail dah lama dalam kubur.
gmail ,yaho dan email opis ye.
email gmail aku je seminggu tak bukak cecah 500 email baru.
10 tahun dulu nak cecah 10 email pun makan setahun.
sekarang yang canggihnnya dah ada wifi.
duk kat kedai mamak pun boleh bukak pesbok.
pakai tepon lagi.

tapi ntah napa aku layan cc plak.
mungin sebab nak jiwa muda kot.
muda 10 tahun. boleh layan sembang 'gua lu' dengan budak sebelah ni.
tak pun tanye
"lu petang ni sibuk tak. gua nak ajak makan mcdonel la. ok tak?"

atau pun tanye
"ape awak punya myspes. bole la kita kenal-kenal?"

hahahha.
budak-budak bole la.
*sambil curi tengok budak sebelah ni balas myspes.

aku rasa masa terdekat ini aku adalah pelanggan tetap cc ni. suasana pun ok. ramai gak dalam ni. semua pakat main games. yang tengok myspes adalah 4-5. yang tengok email adalah 1-2. yang ada blog mungkin aku sorang je kot.

nanti sambung. aku rasa budak sebelah ni tengah baca blog aku.
*malu*