Friday, July 18, 2014

PANDUAN KECEMASAN MASA DARURAT / PERANG



Aku dapat info ni dari blog MOM sangat berguna untuk semua. Sekarang ni banyak kejadian perang berlaku di mana-mana di dunia. Palesin Israel. China Korea. Ukraine Rusia. Selatan Thai. Sabah. Timur Tengah. Semua bergolak.

Alhamdulillah kita tak kena apa-apa lagi. Tapi sekurangnya info ini membantu di kala susah. Kita tak tau masa depan. Warga asing bole masuk dan keluar negara kita sesuka hati. Negara kita perang, diorang bole balik negara diorng. Pemimpin bole cabut negara lain. Tinggal kita je kat sini. Harap tips survival ni bole membantu.

_________________________________________________________

Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang, darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah dari Malaysia.

Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya terfikir akan mati akibat kesejukan.

Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium). Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.

Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.

Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala Macgyver).

1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar oleh aruah nenek saya.

2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.

3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.

Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat : http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.

4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan sahaja.

4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei, memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah Sungai Gombak dan Kelang.

5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.

6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja, saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.

6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.

Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set, amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.

7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.

8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia. Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).

Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)

9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di luar negara

10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di dalam hutan.

11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk beberapa hari.

12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna (Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.

13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket “lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta. Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda. Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan harga RM500.

14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.

15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.

16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada (wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.

17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan bekalan kayu api.

18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar menanam.

19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.

Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.

20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang “underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau 011 (mana ada lagi ye takkk).

21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif, ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat pameran LIMA pulak).

22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan pendarahan.

23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter, ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru bersaiz 5.56mm.

24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das. Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.

25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.

26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan “1001 Manual to do everything”.

27.Kalau sakit!!!!

A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh menghilangkan batuk

B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)

C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven, tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)

D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996 mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada kesihatan sebenar.

28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.

29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.

30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan. Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.

29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini). Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat gelap gelita.

SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT KOMEN

Monday, December 23, 2013

Bercuti Jalan-jalan Makan-makan Penang

Sabtu pagi 16 November aritu gua sekeluarga telah pergi satu kenduri kahwin kat utara. Lokasi tepatnya Sungai Dua. Sebenarnye kenduri tu hari Ahad. Tapi dah alang-alang ke utara ada baiknya kitorang lepak Penang sehari dua sambil berjalan-jalan kat sana.


Antara tempat yang gua memang nak pergi adalah di Nasi Kandar Beratur dan Toys Museum. Gua punye style kalu berjalan, planning mesti mau cantek. Kalu tak nanti jadi kelam kabut. Jadi semua tempat yang gua plan mesti dilengkapi dengan GPS kordinat.

Nampak tak gua punye plan ni hebatnya tahap mana.

Gua bertolak jam 8:30 pagi melalui jalan-jalan utama Shah Alam ke NKVE dengan penuh keriangan. Sebenarnye kitorang berkonvoi 2 kereta. Kereta lagi satu tunggu kat Petronas NKVE. Memandangkan pagi masih awal. Ada syoknye kitorang singgah di satu port makan di BIDOR.

Nama kedainya: Mee Kari Ramli Bidor (4.106731, 101.295342)
 
Kedai tepi jalan bawah pokok je bey

Ni mee kari.

Kedai ni femes dengan mee kari dengan mee kicap. Bukak kul 5.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Meja sentiasa penuh. Tunggu mee pun agak lama.Tapi berbaloi. Trip kali ni kitorang tak singgah mana-mana R&R untuk makan. Sebab sarapan kat R&R terlalu mainstream bak kata bebudak muda sekarang.

Perut dah kenyang. Mata pun dah segar. Kitorang teruskan perjalanan ke Penang dan kitorang sampai dalam pulau lebih kurang pukul 2 petang. Suasana trafik dalam pulau lebih kurang KL. Kereta memang banyak tapi jemnya takdelah sampai berhenti lama.

Seterusnya kitorang menuju ke hotel yang telah ditempah awal. Nak cite ni. Dalam beratus hotel kat Penang dan atas nasihat kawan-kawan. Gua dengan tenang memilih Cititel Penang sebagai tempat gua tido dan berak di sana.

Hotel: Cititel Penang (5.421263,100.333123)
           66, Jalan Penang, George Town. 04-3701188

Hotel ni gua takyah review banyak sangat la. Sebab korang pun bole baca kat agoda. Tapi yang gua nak cite kat sini tentang pentingnya lokasi hotel.

Sebenarnye korang nak ke mana?
Sama ada korang nak mandi laut, pusing town atau lepak2 bilik je

Kalu misi ke Penang nak mandi laut, gua syorkan Hotel area Batu Feringgi. Kalu nak pusing2 Town, korang bole cari hotel area Georgetown. Kalu nak lepak bilik, baring dlm selimut sejuk2 sambil tengok astro walatoi. Gua syorkan duk kat rumah tumpangan Ah Chong.

Kalu korang nak buat planning cam gua yang suka berjalan kaki gaya matsaleh. Gua syorkan korang bole duduk kat Cititel ni je. Dalam radius 1km korang bole;
1. Nasi Kandar Line Clear (5 minit jalan kaki)
2. Nasi Kandar Beratur (15 minit jalan kaki)
3. Sup Hameed (3 minit jalan kaki)
4. Depan hotel ada hentian beca
5. Pasaraya Mydin (10 minit jalan kaki)
6. Beli jeruk kat Chowrasta Market (10 minit jalan kaki)
.... dan banyak lagi. Lokasi memang terbaikk.

Kitorang sampai kat Cititel lebih kurang kul 2 petang waktu Penang. Masa tu jem kat Jambatan pun bole tahan jugak. Tapi xdelah sampai berhenti. Terus terang cakap, gua memang tak terer jalan kat Penang. Tapi assisten gua terer gile. Namanya Ipad.

Dengan bantuan Ipad, gua ikut je arahan dia. Suh ke kiri gua ke kiri. Suh ke kanan, gua ke kanan. Salah jalan pun xde hal. Dia bole bagi gua jalan lain. Bagus tau ada ipad ni. Kalu korang ada GPS mcm garmin lagi bagus.

 
 Jambatan takdelah jam sangat

Pas berehat jap. Misi berjalan-jalan pun bermula.

Penang Street Art
Dengan bantuan Ipad dan GPS location yang gua dah listkan. Misi petang tu adalah lukisan mural di Georgetown. Lukisan mural yang dilukis oleh Ernest Zacharevicni memang jadi tarikan utama Penang sekarang. Ada lebih kurang 8 street mural yang dia sendiri lukis. Tapi banyak gak yang bukan dari Ernest.

Korang bole tengok review dari onlypenang.com ni
Lokasi 8 mural ni memang dekat-dekat. Tapi nak cari kena pandai. Letaknya pun kat belakang kedai-kedai buruk. Memang susah sikitlah kalau tak terer jalan.

http://guerrrilla.net/wp-content/uploads/2013/06/Maps-mural-Penang.jpg




Little Girl in Blue. (5.419752,100.335774)
Awaiting Trishaw Paddler. (5.421365,1001.333763)
Boy on a bike. (5.415351,100.338891)
Little boy with Pet Dinasor. (5.415410,100.338832)
Little Children on a bicycle. (5.414684,100.338237)
Reaching up. (5.414790, 100.336488)
Brother & Sister on a swing. (5.413941,100.340720)

Tak susah nak cari mural yang lain bile korang dah dapat satu dulu. Sebab tempatnya dekat-dekat. Sape yang duk kat Cititel, mural Awaiting Trishaw tu betul-betul kat depan hotel. Beso bapok muralnya.

Pada belah malam kitorang pergi Night Market Batu Feringgi. Lebih kurang cam Uptown je. Nak ke sana korang kena drive lebih kurang 30 minit dari Georgetown. Parking kat area Batu Feringgi pun agak susah. Sekali masuk kena bayar lebih kurang RM10. Barang-barang yang diorang jual pun lebih kurang Uptown sini je. Pastu yang jual kebanyakkannya mat bangla. Gua memang tak berkenan bile warga asing ni menjual barang. Muka cam bagus-bagus.

Balik dari Uptown Batu Feringgi tu kitorang terus balik hotel. Tapi bukan balik tido. Malam masih mudaa bro. Gua merayap cari makan kat bawah tu. Lokasi terbaik utk makan malam pekena sup panas dan roti paun adalah di Sup Hameed.

 Sup kambing dengan roti paun

Memang layan makan kat sup Hameed tu. Makan kat kaki lima je. Ishh.. sambil menaip ni terliur plak. Siot betei..

Pada esok harinya gua sekeluarga ke tanah besar untuk pergi ke majlis kahwin di Sungai Dua dan kendiannya kitorang terus ke Sungai Petani saja pusing-pusing tengok sekolah dan mengusha tempat gua dating kat bandar tu.

Pas asar kitorang slow-slow balik ke Penang sebab malam tu gua plan nak ke Nasi Kandar Beratur kat sebelah Masjid Kapitan Keling. Kedai tu bukak kul 10 malam.

Baring di bilik hotel yang berekon 16 darjah selepas penat memandu jauh memang membuat mata gua rabak gile babi. Gua bile rasa badan dah lemah je. Gua lawan balik. Dengan pantas gua suh anak bini gua bersiap-siap. Kita gi jalan lagi!!!

Seperti yang dirancangkan. Nasi Kandar Beratur adalah tempat makan seterusnya. Gua adalah orang yang jenis tak makan berat pas kul 10 malam. Tapi itu di Shah Alam. Bile dah keluar dari Shah Alam, Gua dah jadi manusia lain. Gua punye selera makan lain macam beb.




Start beratur je gua dah orang yang ke 40. Lu bayangkanlah 40 orang depan lu. Rasa cam nak blah je. Tapi sebab gua nak try gak makan kat sini. Gua beratur gak sampai giliran gua.

Lebih kurang 20 minit. gua dah kat depan skali. Bile order lu kena cakap berapa orang makan. Apa lauk. Selesai. Takyah nak cerewet sangat. Top order kat sini adalah: Nasi putih campur ayam dan sayo, kuah campur.

Bile dah makan gua rasa ayam dia memang sedap. Walaupun dia bagi yang belah isi. Tapi takdelah rasa muak macam kentaki. Daging ayam yang putih tu memang sedap. Sayo, nasi tu biaselah. Sayo rasa sayo. Nasi rasa nasi.

Lokasi Nasi Kandar Beratur adalah 5.416964,100.337619

Gua ke nasi kandar tu berjalan kaki dari hotel Cititel. Jauhnya lebih kurang 500m. Penat la sikit. Tapi itu kan pengalaman. Berjalan di tempat orang.

Sampai di depan hotel. Kitorang lepak kejap kat lobi pastu gua rasa cam minum teh tarik kat Sup Hameed. Ape lagi, terus la ke Sup Hameed plak. Bini gua geleng pala tengok. Malam tu je 2 kedai kitorang pegi. Dedua pun balun makan berat.

Esoknya, pas checkout gua pergi ke Toys Museum di Teluk Bahang.

Toys Museum ni agak mencabar sikit nak cari. Sebab dalam google tempatnya berubah-ubah.
Lokasi yang tepat adalah di 5.456517,100.215745 

Tempat ni memang tersorok sket sebab letaknya bukan kat tepi jalan tapi kat belakang kilang batik. Tiket masuk RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Muzium ni memang besar. Tengok toys sampai nak termuntah rasanya.


Caca memang suka Thor. Dia punye semangat lain macam

Pusing-pusing dalam tu pun lebih kurang sejam gak. Pastu kitorang pun keluar dari penang menuju ke Shah Alam.

Dalam perjalanan pulang kitorang ada port makan lagi. Kali ni kitorang pergi ke:
Mee Udang Mak Jah, Kuala Sepetang 4.838576,100.633746

Kalau nak ke situ korang kena exit Changkat Jering pastu ikut jelah signboard yang disediakan. Kehkeh.. gua sume ikut Ipad. Senang sikit.

Kalu nak tengok gamba mee udang mak jah tu korang gugel jelah kat blog orang lain. Top order kat situ adalah Mee Udang Special. Udangnya beso2. Tapi cepat abis.

Pas dah melahap semangkuk dua. Terus kitorang shoot balik.

Itulah jelah tips makan dan berjalan untuk korang. Selamat berjalann

Tuesday, April 16, 2013

Lirik Busyra Lana - Habib Syech Asseggaf

 Busyra Lana - Habib Syech Asseggaf

بُشْرَىلَنَا نِلْنَاالْمَُى . زَالَ الْعَنَى وَافَالْهَنَا
Busyra lana nil nal muna. Ja lal ana wa fal hana
Kebahagiaan milik kami kerana kami memperoleh harapan. Dan hilang sudah semua kesusahan, lengkap sudah semua kebahagiaan.

وَالدَّهْرُاَنَجْزَوََعْدَهُ . وَالْبِشْرُاَضْحَى مُعْلَنَا
Wad dah ru anjaza waq da ru. Wal bisy ru at ha muk la na
Dan waktu sudah menepati janjinya. Dan kebahagaan menampakkan kemuliaan kami. Berlumuran dengan wangian kegembiraan menanti pertemuan dengan insan termulia.

يَانَفْسُ طِيبِي بِاللَّقَا  يَاعَيْنُ قَرَّى اَعْيُنَا
Ya naksu tibibil liko. Ya ainu korri akyuna
Wahai nafsu, puaslah dengan perjumpaan ini. Wahai mata, sejukkanlah semua mata kami.

هََذَاجَمَالُ الْمُصْطَفَى . اَنْوَارُهُ لاَ حَتْ لَبَا
Haza jamalul muktona. Anwa ruha la hatlana
Lihat! Inilah keindahan al-Musthafa . Cahayanya lebih kelihatan dan mempersona bagi kita semua.

يَا طَيْبَةُ مَا ذَانَقُولْ وَفِيكِ قَدْ خَلَّ الرَّسُولْ
Ya toibatul mazanakul. Wa fiki kod hallarasul
Duhai Thaibah (Madinah), apa yang dapat kami katakan?. Jika Rasul telah mendiami wilayahmu.

وَاُلُّنَانَرْجُواْلوُصُولْ. لـِمُحمَّدٍ نَبِــيَّنَا
Wakullu narjulusul. Limuhammadilnabil yana
Dan kami semua ingin berjumpa. Dengan Muhammad, nabi kami.

يَارَوْضَةَالْهَادِالشَّفِيعِ . وَصَاحِبَتِهِ وَالْبَقِيعِ
Yarau tohal hadisy safiq. Waso i batihiwalbakiq
Duhai taman Nabi, pembawa petunjuk dan pemberi syafaat. Dan kedua temannya serta tanah Baqi'

 اُاْتُبْ لَنَا نَحْنُالْجَمِيعُ . زِيَادَةًلِحَبِيبِنَا
Altublana nahnul jamiq. Ziya rojanlihabibina
Catatlah kami semua. Bahawa kami berziarah kepada kekasih kami.

صَلَّ وَسَلَّمْ يَا سَلاَمْ . عَلَى النَّبِى مَا حِى الظَّلاَمْ
Solli wa sallim ya sallam. Alan nabi mahiz zolam
Wahai Tuhan Maha Pemberi Salam, berikan selawat dan salam. Kepada Nabi menghilangkan kegelapan.

 وَالْأَلِ وَالصَّحْبِ الْاِرَامْ . مَا أُنْشِدَتْ بُشْرَى لَنَا
Wal a li wassohbil lirom. Ma unsyidat busyra lana
Juga keluarga, para sahabat yang mulia. Selama dilagukan qasidah "Busyro Lana"

Monday, April 08, 2013

Lirik Solatun Bis Salamil Mubin - Habib Syech Asseggaf



 Solatun Bis Salamil Mubin - Habib Syech Asseggaf

صَلاَةٌ بِالسَّلامِ الْمُبِينِ. لِنُقْطَةِالتَعْيِينِ يَاغَرَامِي
Salatu bis salamil mubin. Li nuk tofit takyi ni... ya ghoro mi
Selawat serta salam ku persembahkan kepadamu wahai kekasihku. Sesungguhnya untuk yang terkhusus, wahai rinduku

نَبِيُّ كانَ اَصْلَ التَّكْوِينِ. مِنْ عَهْدِكُنْ فَيَكُنْ يَاغَرَامِي
Nabiyu kaana aslat takwiih, min aqdikun fayakun ya ghoro mi
Sang nabi, awal penciptaan. Sejak masa, kun fa yakun, wahai rinduku

اَيَامَنْ جَاءَنَاحَقًّانَذِيرِ. مُغِيثًامَسْبِلاًسَبُلَ الرَّشَادِ
Aya man ya a na hakkon na zirih. Mughi tan musliman subular roshadi
Wahai engkau yang telah datang kepada kami. Membawa peringatan sebenar, penolong serta penunjuk jalan kebenaran

رَسُولُ اللَّهِ يَا ضَاوِ ي الْجَبِين. وَيَا مَنْ جَاءَبِالْحَقَّ الْمُبِين
Rosullullah hi ya towil jabin. Waya man ja a bilhakkil mubin
Wahai kekasihku, wahai rasullullah yang bercahaya wajahnya. Wajahnya penunjuk jalan kebenaran

 صَلاَةٌ لَمْ تَزَلْ تُتْلى عَلَيْكَ . كَمِعْطَارِالنَّسِيمِ تُهْدَى إِلَيْكَ
Solatul lamtazal tutla alaika. Kamiktonil nasimi tuhda ilaika
Selawat sentiasa tercurah ke atasmu, wahai pembawa kebenaran. bagaikan angin harum yang dihadiahkan kepadamu

Monday, April 01, 2013

Lirik Ya Habibi - Habib Syech Asseggaf

Ya Habibi - Habib Syech Asseggaf

يَاحَبِيبِ يَاحَبِيبِيي يَاحَبِيبِي كَيْفَ اَشْقَى وَاُضَامْ وَفُؤاَدِي قَدْ بَدَابَادِي الظَّلاَمْ
Yaa habib Yaa habib Yaa habibi Kaifa asyqoo waudhoom - Wafuaa Wafuaadiy Qodbada baadi baadidh-dholaaam
Wahai yang tercinta, wahai yang kecintaanku, wahai kecintaanku, betapa celaka dan teraniayanya aku. Kerana telah kelihatan kebinasaan dan gelapnya hati

فَتَحَنَّنْ وَامْحُواعَنَّي مَا بَدَا كُلُّ نُورٍٍ مِنْ ثَنَا خَيْر اْلاَنَامِ
Fatahannan wamhu 'anni maabadaa -Kullu nuurin min tsanaa khoiril2 anaam
Kasihanilah dan hapuskan yang kelihatan (kegelapan dan kebinasaan tersebut) dariku. Semua cahaya berasal dari pujian untuk sebaik-baik manusia

مَالِي حِبِّي إِنْ يَغِيبْ عَنْ نَا ظِرِ ي تَرَ كَ الْقَوْ لَ مَا لَدَ يْهُ مُسْتَحَامْ
Maaliyhibiy in-yaghib2 'an naadhiriy - Tarokalqoul maa ladayhi2 mustahaaaam.
Aku tidak memiliki apa-apa jika kekasihku lenyap dari pandanganku. Meninggalkan ucapan untuk mengambil bahagian di sisinya.

اُلُّ حُسْنٍ فِي الْوَ رَ ى يَبْدُوا لَنَا مِنْ جَمَا لِ الْمُصْطَفِى دَاعِ السَّلاَمْ
Kullu husnin fil waroo yabduu lanaa - Min jamaa lil mushthofaa daa-'is salaam
Segala keindahan pada manusia kelihatan pada kami. Dari Keindahan al-Musthafa penyeru keselamatan

هَيَّجَ هَيَّجَ هَيَّجَ الْأشْوَاقَ وَالشِّجَنَا مُنْشِدٌ مُنْشِدٌ مُنْشِدٌغَنّيِ (يَا عَيْنِي) غَنَّى فَأَطْرَبْنَا
Haiyajan, haiyajan, haiyajaan ashwaa. Yahaidi asywa kowwa saijana. Mursyidul mursyidul mursyidul ronni ya ronni ronna faatrooobanaaa
Bergelora, bergelora, bergelora rasa rindu (wahai buah hatiku) rasa rindu dan pedih. Wahai pendendang, pendendang, pendendang, pendendang (wahai buah hatiku) dendangkanlah dan gembirakan kami

تَسْلُبُ أَلْبِا بَنَا افْحَا تُهُ. حِلَقَ حِلَقَ حِلَقَ الْاَحْبَابَ (يَاعَيْنَي) اَحْبَابِ مَوْ عِدُنَا
Taslubuuuu.. alba bana fhana tuhuuu.. Khilakol khilakol klilakol akhbab ya ronni akhbab bi muidun
Keharumannya telah mencabut akal kami. Kumpulan, kumpulan, kumpulan para pencinta (wahai buah hati), inilah tempat janji kami bertemu

يُسْقَى تَرَّاهُ اَيْنَ خَمْرَ تُكُمْ. كَمْ سَبَا كَمْ سَبَا كَمْ سَبَا قَلْنًا (يَا عَيْنَي) قَلْبًا وَكَمْ فَتَنَا
Yusko tarro hu aina khamra tukummm. Kamsaba kamsaba kamsaba kalba ya ronni kolba wakam fatana
Telah dituang minuman. Di manakah minumanmu?. Berapa kali memikat, berapa kali memikat, berapa kali memikat (wahai buah hati), memikat hati dan beberapa kali menggoda

Wednesday, January 02, 2013

Tips kehidupan

2013 dah masuk. Jadi gua kongsi satu maklumat best tentang idup. Harap korang pun bole guna petua ni

Kesihatan:
1. Minum banyak air
2. Makan sarapan macam raja, makan tghari macam permaisuri, makan malam mcm pengemis
3. Banyak makan makanan dari pokok, kurang makan makanan yang dikilang
4. Idup dengan bertenaga dan bersemangat
5. Sentiasa ada masa untuk solat, doa, zikir
6. Banyakkan bersukan
7. Banyakkan baca buku
8. Diamkan diri paling kurang 10 minit setiap hari
9. Tidur 7 jam
10. Ambik masa 10-30 minit untuk berjalan. Masa berjalan lebihkan senyuman

Personaliti
11. Jangan bandingkan idup ko dengan orang lain. Kehidupan setiap orang berbeza
12. Tidak berfikir negatif terhadap benda-benda yang ko taktau.
       Sebaliknya masukkan tenaga yang positif kepada hal-hal semasa
13. Jangan berlebihan. Kontrol setiap perbuatan
14. Jangan terlalu serius
15. Jangan buang masa dengar gosip atau khabar angin
16. Dengki tu membazir masa. Ko dah dapat pun ape yang ko nak
17. Lupakan hal lepas. Jangan mengungkit hal lepas pada pasangan.
      Benda-benda camtu akan memusnahkan keseronokan akan datang
18. Kehidupan ni pendek je. Jangan buang masa membenci orang
19. Biarlah hal yang lepas jadikan pengalaman untuk hari akan datang
20. Jadi diri sendiri
21. Kegembiraan hak masing-masing. Bergumbiralah..
22. Kehidupan umpama sebuah sekolah dan kita pelajarnya.
      Masalah adalah sebahagian daripada ko-kurikulum yang muncul dan hilang


Sosial
23. Keraplah telefon ahli keluarga
24. Bagi sesuatu yang baik (nasihat, belanja, pendapat dll) untuk orang lain
25. Maafkan semua orang untuk semua perkara
26. Lebihkan masa bergaul dengan orang yang berumur lebih 70 tahun
      (untuk mendengar nasihatnya) dan kurang 6 tahun (untuk bermain dengannya)
27. Cuba untuk mengembirakan paling kurang 3 orang setiap hari
28. Banyakkan memberi, kurangkan menerima
29. Keluarga dan kawan yang akan menjaga ko ketika sakit.
      Kerja / bos takkan menjaga ko

Kehidupan
30. Buat perkara yang betul
31. Jauhkan dari perkara yang tak berguna dan tak seronok
32. Allah yang menyembuhkan segalanya. Tawakal je
33. Tak kiralah ape yang ko rasa atau dapat dalam sesuatu hal.
      Yang penting jangan putus asa. Tuhan ada plan lain untuk ko
34. Perkara yang terbaik dalam hidup ko blom datang lagi. Sabar
35. Sentiasa bersyukur setiap pagi
36. Jika hati gembira, kehidupan ko mesti ceria ^_^

Tuesday, September 11, 2012

Kisah Benar Pemuda Arab Belajar di Amerika‏

Kisah ni gua tak taulah benar ke tak. Tapi bagus untuk dikongsi.

Ada sorang pemuda arab ni dia baru saja abis kelas harian kat Amerika. Mamat ini memang diberi Allah nikmat berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang pendakwah Islam. Masa belajar kat Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan sangat BFF, dan mamat arab ni berharap semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari diorg berjalan-jalan kat sebuah kampung di Amerika dan diorang melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. BFF dia tu ajak masuk ke dalam gereja. Mula-mula mamat ni malas la nak masuk, namun pas di desakan akhirnya mamat ni pun masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku kat dalam tu.

Tengah lepak-lepak sambil angkat kening kat Jesus. tetiba sorang pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan pastu duduk balik. Pastu si pendeta terkejut dan terbeliak lubang hidungnya ketika melihat kepada para hadirin dan berkata,

"Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap dia blah dari sini."

Mamat arab ni tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut sampai cakap banyak kali. "Blah la woii..", namun mamat arab ni tetap tak blah. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku harap ko blah dari sini dan aku jamin keselamatan ko" Barulah pemuda ini bangun untuk blah.

Masa si mamat ni dah kat pintu gereja, dia tanya kat sang pendeta,
"Macam mana hang tahu aku muslim."

Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajah ko."

Pastu bile mamat arab ni nak blah je si Pendeta ni pun nak tanye macam-macam soalan. Kononnya kalu mamat tak bole jawab dia bole claim agama dia power. Pastu secara tak langsung dia bole jadi imam kat situ dan mintak gaji lebih kat tok penghulu.

Mamat arab ni kata "Nak berdebat, orite. Takde hal"

Pendeta tu berkata, "Aku akan tanye kat hang 22 soalan dan hang harus menjawabnya dengan tepat"

Mamat ni senyum je dan jawab, "Silakan!"

Sang pendeta pun mulai bertanya,
"Sebutkan;
1. satu yang tiada duanya,
2. dua yang tiada tiganya,
3. tiga yang tiada empatnya,
4. empat yang tiada limanya,
5. lima yang tiada enamnya,
6. enam yang tiada tujuhnya,
7. tujuh yang tiada lapannya,
8. lapan yang tiada sembilannya,
9. sembilan yang tiada sepuluhnya,
10. sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh,
11. sebelas yang tiada dua belasnya,
12. dua belas yang tiada tiga belasnya,
13. tiga belas yang tiada empat belasnya.
14. Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh!
15. Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya?
16. Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?
17. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya?
18. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!
19. Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api?
20. Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?
21. Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar?
22. Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, mamat tu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah dan angkat kening sket kat Jesus. Setelah membaca bismalah ia berkata,
1. Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT.
2. Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."(Al-Isra': 12).
3. Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
4. Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
5. Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
6. Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk.
7. Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yangtidak seimbang." (Al-Mulk: 3).
8. Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
9. Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, musim kebuluran, katak, darah, kutu, belalang dan cacar.
10. Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).
11. Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .
12. Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
13. Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
14. Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing."(At-Takwir: 18).
15. Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
16. Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
17. Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).
18. Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.
19. Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. AllahSWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).
20. Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua).
21. Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
22. Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun,setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

Pendeta dan para kariah gereja tu merasa takjub mendengar jawapan mamat muslim yang hensem tu. Kemudian mamat ni nak tanye pada Pendeta tu satu je soalan sebelum blah dan Pendeta ni jawab "Hang nak tanye ape, tanye jelah. Gua bole jawab. Tarak hal lah"

Mamat ini tanye berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Dengar je soalan tu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Mungkin berubah jadi babi mungkin. Dia berusaha menyembunyikan muka gelabah puyuh dia tu, tapi tidak berhasil. Orang-orang yang hadir kat gereja itu terus mendesaknya agar menjawab, namun si Pendeta yang poyo bagi soalan sampai 22 soalan tu cuba mengelak.

Kariah tu pun perli, "Hang bagi sampai 22 soalan dia bole jawab, dia plak hanya bagi satu soalan hang tak bole jawab. Hang ni betoi ka!"

Pendeta tu pun berkata, "Sebenarnya aku tahu jawapannya, tapi aku takut hangpa marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan hang"
Pendeta pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah WaWa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Pendeta dan para kariah kat gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa.

Tuesday, February 21, 2012

Kalendar hari-hari sambutan sedunia 2012

Januari
World Religion Day 15 Jan
Chinese New Year 24 Jan

Februari

World Wetlands Day 2 Feb
World Cancer Day 4 Feb
Maulidur Rasul 5 Feb
Chap Goh Meh 6 Feb
Thaipusam 7 Feb
World Radio Day (*) 13 Feb
Valentines Day 14 Feb

Mac

Malaysian Armed Forces Day 1 Mac
Malaysian Army Day 5 Mac
International Women's Day 8 Mac
World Down Syndrome Day 21 Mac
World Water Day 22 Mac
World Meteorological Day 23 Mac
Doctor's Day 30 Mac
Earth Hour 31 Mac

April

World Autism Awareness Day (**) 2 April
World Health Day 7 April
Earth Day 22 April
World Book and Copyright Day (**) 23 April
Secretaries Day 25 April
Malaysian Navy Day 27 April

Mei

Labour Day 1 Mei
World Press Freedom Day (**) 3 Mei
Wesak Day 5 Mei
World Red Cross & Red Crescent Day 8 Mei
International Nurses Day 12 Mei
World Telecommunications Day 17 Mei
International Museum Day 18 Mei
World No Tobacco Day (**) 31 Mei

Jun

Malaysian Air Force Day 1 Jun
International Children's Day 1 Jun
Agong's Birthday 2 Jun
World Environment Day (**) 7 Jun
World Blood Donor Day (**) 14 Jun
Israk dan Mikraj 17 Jun
Fathers Day 17 Jun
World Refugee Day (**) 20 Jun

Julai

World Population Day (**) 11 Julai
Awal Ramadan 21 Julai
Friendship Day (**) 30 Julai

Ogos

World Breastfeeding Week (WBW) 1 - 7 Ogos
Nuzul Al-Quran 6 Ogos
International Youth Day (**) 12 Ogos
International Lefthanders Day 13 Ogos
Quds Day (Hari Al-Aqsa Sedunia) 18 Ogos
Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos
National Day 31 Ogos

September

International Day of Democracy (**) 15 Sept
International Day of Peace (**) 21 Sept
World Alzheimer's Day 21 Sept
World Maritime Day (**) 25 Sept
World Tourism Day 27 Sept

Oktober

World Habitat Day (**) 1 Okt
World Vegetarian Day 1 Okt
World Teachers Day 5 Okt
World Food Day (**) 16 Okt
Hari Raya Haji 26 Okt

November

World Freedom Day 9 Nov
World Diabetes Day (**) 9 Nov
World Kindness Day 13 Nov
Deepavali 13 Nov
Awal Muharram (Maal Hijrah) 15 Nov
World Toilet Day 19 Nov
World Television Day (**) 21 Nov

Disember

World Aids Day (**) 1 Dis
Anti-Corruption Day 9 Dis
Human Rights Day (**) 10 Dis
International Mountain Day (**) 11 Dis
Christmas 25 Dis

(*) - recognized by UNESCO
(**)- recognized by the UN

Sumber:
http://www.onestopmalaysia.com/holidays-2012.html
http://www.daysofaction.net/
http://en.wikipedia.org/wiki/International_observance
http://go2travelmalaysia.com/tour_malaysia/cultfest_dates.htm
http://www.islam.gov.my/sites/default/files/bahagian/ppi/2012-tarikhpenting.pdf

Monday, February 20, 2012

Megakidz atau Kid's E World

Megakidz Midvalley


Bagi mak bapak yang hidup di bandar besar dan mempunyai akaun fesbuk. Membawa anak ke shopping kompleks adalah rutin mingguan. Hujung bulan bole beli mainan tembak-tembak kat tesco. Baru 5ringgit.

Bagi mak bapak yang berpikiran jauh, menghantar anak ke tempat bersukan juga idea yang bijak. Teorinya macam ni : petang budak bersukan. Malam mesti tido awal. Bila budak dah tido awal, mak bapak pun bole tido awal. Nampak tak kaitannya kat situ.

Ada banyak tempat peluh untuk kanak-kanak di shopping kompleks sekitar lembah klang. Megakidz adalah tempat yang sesuai untuk budak-budak mcm Caca menjerit macam orang gila atau melompat setinggi yang boleh.

Tempat ni dibuka 10.00 pagi hingga 9.30 malam setiap hari. Terletak di tingkat 3 Midvalley. Tempat riadah yang seluas 27ribu kaki persegi ni menawarkan keletihan tahap maksimum seorang kanak-kanak yang belum wajib solat.

Antara fasiliti yang ada kat dalam ni;

Aviation Play System

Diorang kata inilah tempat mainan interaktif terbesar dan tercanggih di Asia. Tempat panjat-panjat memang tinggi. Orang tua macam gua pun bole join. Tak runtuh punye. Cuma larat tak laratlah nak merangkak.

Air Bouncer

Caca tak berminat nak melompat kat sini sebab anak-anak cina jinjang dah penuh melompat macam takde hari esok.

Toddler Corner

Budak-budak yang baru nak tumbuh gigi bole main kat sini. Span lantai dia pun lebih tebal dari tempat lain. Ada gak budak-budak besar lepak sini sebab ekon dia kuat sikit. Bibik indon pun gua peratikan ada yang tengah menyorokkan diri dari majikan kat sini. Port dating pun seronok sebab tempat ni tak ramai budak masuk.

Cinema

Kalu korang rasa Megakidz akan tayang Ombak Rindu memang silap. Panggung wayang ni tayang cite kartun je. Tempat ni mmg gelap dan sejuk. Sangat sesuai untuk port tidur, update status fesbuk dan mengarut kat twitter.

Cafeteria

Tempat makan juga disediakan. Staff diorang juga ramah. Kusi kat kafe ni memang penuh dengan mak bapak je.

Video Games

Tempat ni kena pakai token. Jarang orang nak main sebab kena bayar. Tempat video games ni terletak sebelah ngan port budak-budak belum tumbuh gigi tu.


Ada satu port yang gua paling suka lepak. Sudut mewarna, atau dalam bahasa jawanya Colouring Corner. Kat sini bukan setakat kanak-kanak, orang tua macam gua ni pun seronok bermain dengan warna. Bole buat sand art, bole buat batik, macam-macam lagilah. Main kaler-kaler ni kena bayar. Tapi gua sebagai orang tua yang berseni, rasa enjoy jugaklah.

Toilet juga bersih, tempat solat gua tak nampak dan ada bilik-bilik aktiviti yang gua rasa kena bayar kalau nak join.

Bayaran masuk :
Kanak-kanak bawak 2 tahun
RM11.00 - hari kerja tengah minggu
RM14.00 - hari cuti hujung minggu

Dari 2 tahun hingga 16 tahun
RM22.00 - hari kerja tengah minggu
RM28.00 - hari cuti hujung minggu

Maksimum 2 orang penjaga untuk seorang budak.
Penjaga ke 3 kena bayar RM3.00

Semua orang kena pakai stokin kat sini. Anjing tak bole masuk.
Megakidz Midvalley

Kid's E World The Garden



Selain Megakidz yang terletak di MidValley. Ada lagi satu tempat melompat yang terletak di bangunan bersebelahannya, The Garden.

Terletak di tingkat 4 berhampiran dengan panggung wayang GSC Signature. Kids e World ni agak eksklusif berbanding dengan Megakidz.

Agak kecik keluasannya dan mainannya tak sehebat Megakidz. Tapi kat sini ada wifi free, ada locker beg (lima posen 2 keping = seringgit), outside food xbole bawak dan ada rak kasut. Itu je yang gua tengok lain sikit dari Megakidz.

Mak Bapak yang bawak anak pun gua tengok jenis yang duduk Hartamas. Ada mat saleh, cina pun bukan jenis duk Jinjang punye. Koman-koman pun Damansara. Gua peratikan pun kalu yang ambik gamba anak tengah berlari kurang-kurang guna iphone. Ada yang bawak dslr. Kasut yang letak kat rak pun banyaknya nike.

Tapi yang syoknya kat sini mak bapak join semua aktiviti anaknya. Kalu anaknya gi tempat melompat, maknya ikut sama. Mainan pun gua tengok banyaknya jenis 3 tahun ke bawah.

Caca pun gua tengok tak berpeluh sangat kat sini. 2 jam main dah bosan. Kat sini pun xde aktiviti warna-warna. Kafe ada tapi makanannya tak sebanyak kat Megakidz. Cuma yang agak seronok, Caca bole main seorang. Kalu kat Megakidz, Caca ajak gua main sekali (mungkin Megakidz tu besar sangat).

Kat Kids e World ni korang bole keluar masuk takde hal punye. Main 2 jam, pastu gi makan kat luar, pastu masuk balik main, pun bole. Sebab masa nak masuk di bagi gelang macam kat Sunway Lagoon tu.

Permainan agak baru, pastu macam-macam jenis permainan kecik-kecik ada kat situ. Jadi kalu Caca lepas main gelungsur ternampak bola depan dia. Dia bole layan bola tu plak. Pastu buang kat mana-mana, nanti mesti ada budak lain kutip pulak. Kat sini memang boleh sepah-sepah macam kat rumah punye. Kalu kat Megakidz takde kemudahan macam tu.

Gamba pun tak banyak gua ambik sebab gua pun sibuk main twitter. Wifi freelah katakan. Belasah jelah.

Ni kat belah integrated


Mainan ni utk bayi merangkak. Caca buat baring2


Keadaan budak, orang tua dan bibik kat dalam tu


Kemain tinggi ko melompat


Gelongsor kecik


Bayaran masuk:
RM30 - hari kerja tengah minggu
RM50 - hari cuti hujung minggu

Kid's E World The Garden

Mahal siot tempat ni. Kalu dibagi pilihan mana yang lebih best, gua lebih suka Megakidz sebab ada tempat warna-warna. Sekian

Tuesday, February 14, 2012

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Sumber: Forum kereta