Tuesday, February 14, 2012

Apa Yang Perlu Ditukar Masa Servis Kereta

Maklumat ni berguna untuk sume orang. Jadi gua post kat sini. Senang nak buat rujukan akan datang.

Apa yang perlu ditukar masa servis kereta.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Aku ada kawan dekat Puchong keje kat warehouse distribute battery ke kedai kedai spareparts...dia yang bagitahu ilmu kat aku camner nak kenal bateri baik dengan yang tak baik! Bateriyg baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik ( compare bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu kau kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. timing belt - 60,000km untuk kereta proton wira,saga. WAJA bole tahan sampai90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la diapakai apa keretapun! Mekanik sengeh aje la, buat apa tolak rezeki!

6.clutch plat - clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman aku, aku hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata 100,000km...tukar clutch!

7.Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8.Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km....tapipada mereka yang tukar kepada K&N type...benda ni tak payah tukar,tapi mampu dibersihkan.

9.ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perluTransmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre.Ini membazir untuk kita...tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Cajsekitar RM200 ++. Kalau kau selalu tukar ATF, hanya tukar biasaaje....yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10.Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakaiATF, sebaliknya pakai Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11.Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km. Aku sendiri tak buat....sebab aku malas! Lagipun aku tahu sedikit sebanyak pasal mekanikal, bila ada kuar simptom, barulah aku tukar!he he...jangan ikut saya ya!

12.Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje...maknanya air paipbiasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13.Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengantiming belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak.Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin aku ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau omputih kata "preventive maintenance"

Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar...preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikaldimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran....

Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg disyorkan oleh pembuat alatganti. Contohnya "shock absorber".. perlu diganti setiap 20,000km....! Tentu kita tidak mampu mengikutnya!

Okies..bye*********

Mengikut pengalaman aku yg dah lebih 10tahun membuat DIY service kereta:-

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part sebab byk minyak cap ayam. Botol mungkin ada cap castrol, shell, petronas, eneos, etc,etc tp dlm mungkin minyak murah made in china. Dlm satu hari ada berapa ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Sesiapa sahaja boleh ambik botol-botol ini dan refil dan bubuh seal baru. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi aku pernah stretch sampai 110,000km(wira 1.6xli) tanpa masalah sebab aku guna timing ori mitsubishi dan aku suka inspect timing belt. Merekah takde, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

Water pump - ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan dek kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaulsebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugakskit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin...erm..takmo citer panjang2 lah. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Sy tak begitu pasti.

Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt padajarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sblm thn 1999. Masa aku keja di alfa romeo thn 96 dulu, ada juga pemilik yg kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

Sumber: Forum kereta

39 comments:

zulhilmi tempoyak said...

thanks 4 d info...

really need this. i`m a driver but until today what type of service do i need to use.. huhuhu

AjuA said...

thats why i shared this info.

Jgn lupa servis ;)

kenlee said...

AjuA,

First thing first, thank you very much for the info.
I would like to ask whether you know how to flush brake fluid for wira 1.5M?
And also, can power steering fluid be flushed? If yes, can I do it on my own(DIY)?

Kenny

kenlee said...

AjuA,

First thing first, thank you very much for the info.
I would like to ask whether you know how to flush brake fluid for wira 1.5M?
And also, can power steering fluid be flushed? If yes, can I do it on my own(DIY)?

Kenny

AmirahKhamis said...

Salam,
Saya ni Lady driver pakai Saga BLM auto. sepatutnya kena minor service ms 50000km. tp sebab kereta time tu tiada pada sy, sy fikir nak trus buat Major services je on 60000km. Boleh ke?

and boleh tak tlg list down price harga brg2? Better buat kat proton services center ke or bengkel2??

AmirahKhamis said...

Salam,
Saya salah serorang Lady Driver untuk Saga BLM auto. so sy ada soalan la. hope u dont mind to ans.

1) Kereta sepatutnya Minor services ms 50000km tp time tu kereta tiada pd saya. So sy fikir nak terus bt Major services je ms 60000km. Boleh ke mcm tu?

2) boleh tak list down harga brang2?

3)services kat mana elok. services center proton ke or bengkel2 biasa pn ok? sbb before this my late dad yg slalu buat now i hv to do by my own.

ahmad shahnon said...

salam ajua

nak tanya minyak atf gearbox brand apa yang sesuai untuk saga blm selain dari atf proton yg standard.

Anonymous said...

blh x hondacity yg sepatutnya pakai minyak gear atf tetapi terpakai cvtf punya minyak

rudy said...

Kenapa minyak hitam kereta sy dlm 3000 km ke atas minyak hitam saya dh tinggal separuh?minyak yg sy gunakn minyak fully sintetik kenapa ya.odometer keta sy skrg dh cecah 130000.adakah normal minyak hitam kering?ikutkn mmg xada sebarang kebocoran minyak.sila bantu

Anonymous said...

da blh wt t0p 0verh0ul da der klu mkn myak itam...

Anonymous said...

Really x2 good info

Anonymous said...

Salam.
kalau kereta proton savvy dah masuk 60,000km & kereta dah berumur 7 tahun kena tukar timing belt tak?
Belt2 yg lain kena tukar sekali serentak juga ke?

Anonymous said...

Salam.
kalau kereta proton savvy dah masuk 60,000km & kereta tu dah berumur 7 tahun kena tukar timing belt tak?
Belt2 yg lain kena tukar sekali serentak juga ke?

Anonymous said...

salam bro macama mana nk kenal pasti kerosakan timing chain kete myvi .. kete saya baru 4 tahun guna n baru 60,000 km . td ade sugestion dari satu pomen kete saya saya mesti tukar timing chain..sedangkan enjin saya masih senyap .

Ruhil said...

salam bro, kalau kerete myvi da masuk 100,000km & kereta itu da berumur 5 tahaun, and bunyi enjin pon kasar, macam bunyi piston pon ye gak, agak2 patut tak saya buat overhaul, dan berapa angaranya siap upah atau perlukah saya beli terus enjin baru? any suggestion?

CitieeComei said...

terima kasih tuan. banyak info yang saya dapat dari sini...saya lady driver tahu bawak je...cukup time anta servis tp tak tau apa yang kene servis...hehe

Ada said...

tq bro..pyelamat gua..

Anonymous said...

im alady driver only drive to work 10km per day....had done service once...1000km...now milleage is only 3000km....bought 9months ago...the question is there a prob if i service for the 2nd time when reach 5000km may b end of the year...cos i hardly drive long distance....hope u can reply asap..tq

zul liana said...

thanks 4 d info..;)

za said...

Assalamualaikum bang..terima kasih untuk info ini..sangat berguna !! :)

Dave Stel said...

Terima kasih tuan, kalau boleh letak sama anggaran harga dan kos upah setiap komponen berkenaan terima kasih

Dave Stel said...

Kos anggaran.....

nazaruddin said...

salam tuan,
toyota aeras dan estima guna timing chain atau timing belt. tq

wuy0i said...

Bro,
Keta saya Myvi bbunyi and check engine light menyala. saya pergi service center perodua..diorg cakap timing chain saya problems,so kena tuka. estimated tuka dalam 1K+..
tapi based on bro punya artickle hanya tka tensioner bearing da oke..
betul ke bro?

wuy0i said...

Bro,
kereta saya myvi baru 2 tahun pakai, engine keta bising and check engine menyala,check perodua diorg cakap timing chain panjan jadi kena tuka, estimate cost 1k++ .. tapi based on article encik,tuka tesnioner bearing sudah cukup..btol ke?

Storm Trooper said...

Nice one..thank for the info.anything you know,share again..

AjuA said...

Salam encik, saya nak tanya tentang clutch.

saya menggunakan wira 1.3. injection.. kalau masuk gear 1 tekan clutch, then nak lepas clucth tu die rasa bergegar2, tak smooth mcm kereta lain. kena tekan minyak baru la tak bergegar. kenapa ye? adakah itu normal atau bermasalah? adakah saya perlu tukar clutch plate atau bagaimana pendapat encik. ?
terima kasih

- muhd nazri othman

Jawapan : Kemungkinan besar ko kena tukar engine mounting dan gearbox mounting. Kalu nak jimat duit sket, ko buat tunning keta dulu. Kalu gegar lagi baru buat mounting. Mounting tu utk serap gegeran keta. Clutch kalu habis dia akan keras. Kalu keta bergegar biasanya buat mounting. Kalu keta ko lagi kuat bergegar bile pasang ekon, mungkin ada sangkut dgn kompresor. Belting pun bole jadi. Ape2 hal tuning keta dulu.

Sbb keta ko injection, gi buat kat eon servis. Sbb kat sana tune pakai komputer. Skali tuning tak salah dlm RM50 (tak termasuk benda2 lain cth plug). Kalu mounting, standby la RM300-400

hafiz said...

mak aiih. banyaknye yang perlu ditukar

'they call me : dindang' said...

salam, sy nk tny, kalau x menyusahkan..

sy kes lebih kurang mcm atas, kereta gegar. kelisa. check bengkel semalam, katanya mounting, 800 total klo nk cantik siap.

tp skrg urgent, budget constraint,so nk tny urgent ke eh menda ni? kalau tggu lg sebulan, or drive dlm 300km (balik kampung), boleh x?

mohd azhar said...

Salam, saya azhar ,baru 2 hari pakai kereta wira 1.6 auto,enjin 4G92P. .persoalan saya apabila saya masuk gear dari N ke D akan terhasil bunyi "duk" yang agak kuat begitu juga jika dari gear N ke R juga menghasilkan bunyi "duk" yang kuat.Soalan saya apakah perlu saya lakukan pada kereta baru dibeli ini?kereta saya wira auto tahun 1994,tolong beri pandangan,..terima kasih,.

AjuA said...

Kpd : 'they call me : dindang'
Kelisa mmg ada masalah mounting. Byk kes yg dah tukar getah 2-3 kali pun masih gegar. Stakat nak balik kampung 300km ~ Bole. Cuma bile kat trafik light. Gear tu kasi tukar pada N

'they call me : dindang' said...

thanks sebab reply..

ayah sy try bawak ke bengkel lain pulak, rupanya crank shaft kat bawah kereta tu yg dh bengkok. sy pernah langgar bumper kuat, patut lah gegar melampau. so bukan sebab mounting. selamat 500 -_-

anyway, tqvm. selamat hr raya ;)

Anonymous said...

slm bro..Nak Tanya Saga Blm (auto) sy tiba2 temperature naik sampi 5 bar..mula2 aircon panas pastu mcm ada kabus skit dlm keta..for info sy br tkr timing belt tp x tukar water pump..not sure ada kaitan ke tak..pencerahan please..

AT181 said...

Akum..sya keta kancil..850...meter keta..188k....masalah..nya..tekan panel minyak..ade bunyi...check kdai..ckp..minyak..engin masuk.,air..dan..minyak hitam kering...kedai..ckp..kena buka engin..2 3 ari jga la..,sya.,ckp...topup.,dlu...minyak.,hitam...ape..yg..hendak..lakukan..?...

KusmaShoppe said...

salam, minyak hitam kereta estima saya dah 2x kering apa sebab2 nya?

encik lipas said...

Terima kasih bnyk2 kerana berkongsi info pasal servis yg perlu dibuat. sy beli keter ni takda ilmu langsung, lepas 2 tahun stop hantar SC , servis memang tak ikut schedule. Lepas 5 tahun mcm2 problem keluar, padan muka sendiri haha.

Anonymous said...

Kalau servis y 5000km tuk myvi brpa anggaran byaran nya?apa perlu dtukar?

man said...

Tq for info bro..

Anonymous said...

kalau gear auto..saya cadangkan tukar sekali atf filter setiap 2 kali penukaran...pertama tukar atf saja dan kali kedua tukar atf dan filter atf...