Aku dapat info ni dari blog MOM sangat berguna untuk semua.
Sekarang ni banyak kejadian perang berlaku di mana-mana di dunia. Palesin
Israel. China Korea. Ukraine Rusia. Selatan Thai. Sabah. Timur Tengah. Semua
bergolak.
Alhamdulillah kita tak kena apa-apa lagi. Tapi sekurangnya info ini
membantu di kala susah. Kita tak tau masa depan. Warga asing bole masuk dan
keluar negara kita sesuka hati. Negara kita perang, diorang bole balik negara
diorng. Pemimpin bole cabut negara lain. Tinggal kita je kat sini. Harap tips
survival ni bole membantu.
_________________________________________________________
Kita tidak tahu jika saat-saat bahaya menanti kita, sama ada perang,
darurat atau bencana alam. Saya sendiri pernah membuat tindakan yang
membahayakan nyawa, di mana semasa satu tugasan di Iran, saya membawa khemah
dari Malaysia.
Cuaca ketika itu sangat sejuk, khemah yang saya bawa hanya sesuai untuk
waktu malam tropika yang mempunyai kebolehan untuk melindungi saya dari
serangan nyamuk tetapi bukan untuk menghangatkan saya dari cuaca dingin seperti
di gurun Iran. Saya hampir beku di dalam khemah, ketika ini saya terpaksa
memakai 3 lapis baju, dua lapis stokin dan sarung tangan. Terus terang, saya
rasa nak menangis dan mengucap dua kalimah syaadah beberapa kali kerana saya
terfikir akan mati akibat kesejukan.
Kesemua percubaan saya untuk memanaskan badan gagal, akhir sekali saya
terpaksa menyalakan lilin askar (sejenis lilin untuk memasak) dan membakar
lilin itu di dalam Mestin (sejenis dapur kecil yang dibuat dari alumunium).
Memang berbaloi, haba yang dikeluarkan menyebabkan saya tidur nyenyak.
Tiba-tiba saya terasa peha saya sakit seperti digigit serangga, apabila
sedar, rupa-rupanya api sudah menyala dan membakar seluar saya malah hampir
membakar khemah. Semua tindakan cepat diambil,lega,kalau tidak saya rentung
pada pagi itu di satu bumi yang amat asing sekali.
Berikut merupakan panduan saya sebagai orang awam dalam perang (boleh juga
digunakan untuk senario lain. Anggap sahajalah ini merupakan panduan ala
Macgyver).
1. Jangan memakai pakaian yang menggambarkan anda ini seorang tentera atau
mempunyai lambang tentera. Saya pernah hampir dapat masalah di negara orang
kerana menyangka saya ini tentera disebabkan saya pakai topi PASKAL (my lucky
hat) dan jaket hijau ala rain coat Vietnam War yang dibeli dekat Padang Besar
oleh aruah nenek saya.
2. Belajar untuk “mengsterilkan” air, kecuali jika anda tinggal di tepi
sungai seperti belakang Zoo Negara (sungai Kemensah) atau Bukit Belacan, banyak
stok air bersih tetapi itu pun sukar kerana dalam keadaan seperti ini, sangat
bahaya untuk keluar mencari air. Didihkan air sekurang-kurangnya 15 minit untuk
membunuh bakteria. Di Baghdad misalnya selepas enam bulan penaklukan Amerika
Syarikat, bekalan air bersih masih gagal dicari. Anda boleh hidup selama 3 hari
tanpa air dan 5 hari atau lebih tanpa makanan.
3. Pastikan anda mempunyai simpanan minyak tanah dan minyak masak yang
mencukupi. Selain untuk bahanapi dan memasak, minyak masak misalnya boleh
digunakan sebagai minyak pelincir. Minyak masak juga boleh menggantikan minyak
hitam dalam enjin kereta anda. (Saya sendiri menggunakan minyak masak Cap Buruh
untuk enjin kereta saya jenis Proton Saga. PERINGATAN!!!! GUNA HANYA MINYAK
MASAK BERASASKAN KELAPA SAWIT SAHAJA.
Minyak tanah/kerosene selain untuk bahanapi (memasak), ada teori ia boleh
digunakan untuk mengerakkan kereta anda dengan syarat, anda perlu menapisnya
terlebih dahulu dari serpihan kulit ayam atau campuran air(INGAT SEMASA
PERANG…BEKALAN PETROL AMAT-AMAT SUSAH UNTUK DICARI). Anda juga boleh belajar
untuk membuat sendiri bahanapi bagi kenderaan anda pada alamat :
http://www.bio-power.co.uk/makeit.htm. Di Seremban, salah seorang sahabat saya
berjaya mencipta “Spark Plug” yang boleh digunakan dari anda sehinggalah ke
anak cucu dan saya gunakan spark plug ciptaan beliau pada kereta saya.
4. Laburkan sedikit duit untuk menyimpan basikal. Pada masa aman, ia boleh
dijadikan kenderaan riadah dan semasa kecemasan, ia boleh membantu mengerakkan
anda sejauh berpuluh kilometer di mana pada saat itu adalah terlalu berisiko
untuk membawa keluar kereta. Simpanlah minyak anda untuk saat-saat kecemasan
sahaja.
4. Ketahui lokasi rumah anda. Semasa peristiwa 13 Mei, apabila jalanraya
menjadi kurang selamat, mereka yang terselamat ketika hari pertama 13 Mei,
memilih jalan sungai untuk balik ke rumah. Sungai yang saya maksudkan ialah
Sungai Gombak dan Kelang.
5. Radio FM/AM. Sangat penting untuk mendengar makluman penting.
6. Jika anda dalam satu komuniti, saya sarankan anda menyimpan Microphone
Kondenser (dahulu saya membeli mic jenis ini dengan harga RM9.90 sen sahaja,
saya tak pasti jika mic jenis ini masih dijual lagi). Lilit wayar pada arial
radio anda. Cari frekuensi FM yang sesuai. Anda boleh membuat pengumuman
penting sejauh lebih kurang 1.5 ke 2 kilometer jika berada di atas bukit. Suara
anda akan keluar pada setiap radio yang “tune” pada frekuensi tersebut.
6. Walkie Talkie. Dalam perang, telefon anda tidak berfungsi. Belajar
untuk menggunakan sistem perhubungan radio dua hala. Saya memiliki radio walkie
talkie VHF/UHF yang dibeli dengan harga RM1,000, walkie talkie saya juga boleh
mengesan sebarang frekuensi lain dan mendengar perbualan radio orang lain.
Untuk orang biasa yang tidak mempunyai pengalaman dengan radio amatur, saya
menyarankan anda membeli Walkie talkie Talkabout (biasa diguna oleh penjual DVD
haram anda) dari kompeni Motorola beharga lebih kurang RM300-500 untuk dua set,
amat berguna bagi menghubungkan anda dengan keluarga di rumah. Walkie talkie
Motorola ini mempunyai capaian sejauh lebih kurang 3 kilometer. Kuasa bateri
agak lemah, jadi, berbual untuk perkara penting sahaja.
7. Elakkan dari berada di bangunan-bangunan yang mungkin menjadi sasaran
meriam atau bom, misalnya KLCC, menara KL, pengkalan tentera, menara
telekomunikasi, jambatan, bangunan kerajaan dan etc.
8. Bawang-penting sebagai jalan terakhir jika berlaku serangan kimia.
Makan dan kunyah bawang-bawang itu jika anda terperangkap dalam situasi
berkenaan (Saya tidak pasti jika ini benar tetapi maklumat ini saya dapat dari
rakan saya yang merupakan bekas kapten pasukan GGK). Kalau anda rasa dengan
menahan nafas, anda boleh terselamat dari serangan gas beracun atau kimia, anda
sebenarnya salah. Saya sendiri pernah diuji dengan gas beracun (tidak ingat
namanya) dan bertahan hanya selama 5 saat sahaja sebelum ditendang keluar dari
bilik gas. Sebelum itu saya yakin, dengan menahan nafas saya pasti lulus ujian
ini tetapi teori saya silap, untuk pengetahuan pembaca, saya mampu menahan nafas
selama 60 saat (Oklah kot untuk orang awam).
Untuk pengetahuan anda, gas yang diuji ke atas saya itu menyebabkan kerongkong
rasa terbakar, leher macam kena cekik, mata berair dan susah hendak bernafas
atau menyebut “HELP!HELP”. (lihat gambar di atas kalau korang tak percaya)
9. Bekalan makanan kering dan tahan lama seperti beras 30 kilogram, ikan
masin, kicap, makanan dalam tin (dalam keadaan biasa, jika anda mencatu
makanan, bekalan ini cukup untuk menampung anda minimun 6 bulan jika anda hidup
seorang). Bab ini anda fikirlah sendiri, setiap orang mempunyai keperluan
berbeza, saya misalnya…rokok lebih penting dari nasi. Sebenarnya
makanan-makanan kering ini banyak membantu saya menghadapi saat-saat sukar di
luar negara
10.Jika di hutan, makan daun atau buah-buahan yang dimakan oleh binatang
sahaja, selain dari itu ia mungkin beracun. Ular sawa, katak dan ulat (sumber
protein) boleh dimakan. Saya sendiri pernah menikmati daging ular, katak dan
ulat dalam satu lawatan ke kem temtera, terus terang, saya surrender dan dari
situ saya mula faham bertapa peritnya kehidupan seorang anggota tentera di
dalam hutan.
11. Apabila keadaan tidak mengizinkan, tanggalkan bateri kereta anda dari
membiarkan bateri berada dalam kereta. Bateri kereta itu mungkin berguna untuk
tujuan lain. Bateri juga akan menjadi lemah jika diam dalam kereta untuk
beberapa hari.
12.Charger bateri untuk bateri kereta atau motor mungkin sangat berguna
(Guna untuk caj bateri yang lemah kerana dalam saat-saat ini, anda bukan boleh
sewenang-wenangnya membawa kereta ke hulu dan ke hilir). Saya buat masa ini
mempunyai charger 6-12 wattt yang saya beli untuk bateri motorsikal Blade 250cc
saya dengan harga lebih kurang RM60. Ia juga berguna untuk caj
peralatan-peralatan lain tetapi anda kena “Hardwire” lah sikit.
13.Anda pernah dengar perkataan gajet yang diberi nama “Inverter”, ini
merupakan gajet yang sangat berbaloi untuk anda beli. Sambung pada soket
“lighter” kereta dan “Inverter” ini boleh digunakan untuk menukar arus elektrik
kereta bagi memasak nasi, caj telefon, nyalakan lampu, masak air. Ia boleh
dibeli dengan harga lebih kurang RM200 untuk 500 watt. Mungkin ramai yang tidak
faham, OK saya bagi satu contoh…anda mempunyai telefon bimbit dan biasanya
dalam kereta kita beli alat caj telefon bimbit yang khusus untuk dalam kereta.
Inverter pula mempunyai soket elektrik yang sama dengan rumah dan anda boleh
caj telefon bimbit dalam kereta menggunakan “Charger” biasa telefon anda.
Selain sambungan pada soket “lighter” di dalam kereta, ia mempunyai sambungan
wayar negatif dan positif untuk di klip pada bateri kereta untuk kegunaan
barang elektronik di rumah dalam keadaan bekalan elektrik terputus. Sangat
berguna untuk saat-saat kecemasan. Model untuk 1,000 watt juga dijual dengan
harga RM500.
14.Jika anda bernasib baik, bekalan elektrik mungkin masih ada. Pengalaman
di Iraq menunjukkan, pasukan tentera yang menyerang tidak mahu menyerang
stesyen janakuasa elektrik atas dasar perikemanusiaan.
15.Jika nasib anda buruk, generator elektrik yang berharga di antara
RM1,000 ke RM1,500 amat berguna. INGAT PANDUAN SAYA YANG KE 3-MINYAK MASAL
DENGAN SEDIKIT CAMPUR KEROSENE BOLEH DIJADIKAN BEKALAN BAHAN API.
16.Belajar untuk mengenali struktur rumah anda. Rumah anda boleh menjadi
kubu dan kubur anda. Susun ruang perlindungan anda dengan perabot yang ada
(wujudkan comfort zone, zon kedap hentaman dengan menggunakan sofa/tilam dan
elakkan dari barang-barang yang mungkin menyebabkan anda cedera. Biasanya
kecederaan disebabkan benda tajam seperti kaca, bucuan keras dll.
17.Parang/Kapak.Penting untuk perlindungan, memberi bantuan, mendapatkan
bekalan kayu api.
18.Alat bantuan mendapat makanan seperti joran, anda juga disaran belajar
menanam.
19.Coklat. Coklat Cadbury, minuman Milo atau Koko. Penting untuk bekalan
tenaga. Ingat anda kekurangan zat dan protein semasa perang. Anda juga terpaksa
bekerja lebih semasa perang, dan minuman atau makanan ini membekalkan tenaga.
Ini merupakan senario basic berdasarkan pengalaman saya sendiri yang
terpaksa memasuki zon bencana alam, zon peperangan dan situasi-situasi yang
benar-benar menyusahkan. Untuk belajar menjadi seorang survival, anda boleh
download manual-manual berguna termasuk situasi menghadapi serangan kimia dan
nuklear pada alamat http://www.survivenuclearwar.com/literature.htm.
20.Jika musuh menakluki Kuala Lumpur, dan anda konon-kononnya pejuang
“underground” macam Hezbollah. Sistem telefon GSM 019,016,014,012,017/Satelit
membolehkan kedudukan anda dikesan dengan tepat. Gunakan sistem Atur 010 atau
011 (mana ada lagi ye takkk).
21.Sentiasa bergerak tundukkan kepala. Belajar untuk mengenal bunyi
tembakan dan belajar untuk mengenalpasti bunyi peluru meriam 155mm (bunyi enjin
pesawat pengebom biasanya dekat pada telinga terutama B-52, meriam 155mm
bunyinya memekik kuat dan nyaring. Ini pengalaman saya sendiri yang naif,
ketika B52 datang, semua orang berlari mancari perlindungan tetapi saya dan
geng-geng terpacak mendongak ke langit untuk melihat B52 tersebut, macam kat
pameran LIMA pulak).
22.Anda tidak akan mati jika ditembak kecuali pada zon-zon maut pada
badan. Anda akan mati akibat kehilangan darah. Jadi cari jalan untuk hentikan
pendarahan.
23.Apa-apa sahaja peluru melebihi saiz 7.62mm akan berjaya menembusi
tempat perlindungan anda misalnya di sebalik kereta. Peluru Ak47 (raifel ini
menggunakan peluru 7.62mmx39mm) mampu menembusi pintu sebelah pemandu dan
keluar ke pintu sebelah tempat duduk pemandu. Senjata ini tepat sehingga ke
jarak di antara 100 ke 200 meter, lebih dari itu, anda masih boleh
menyelamatkan diri dengan berlari zig zag. M-16 tepat sehingga 200-400 meter,
ia bagaimanapun mempunyai kuasa robekan yang tidak berapa kuat dengan peluru
bersaiz 5.56mm.
24. Pistol-sangat tidak tepat dan saya pernah menyaksikan video di mana
seorang anggota polis menembak penjenayah pada jarak kurang dari 50 meter
tetapi satu pun tak kena walaupun tembakan yang dilepaskan melebihi 12 das.
Ingat! Sasaran bergerak sangat sukat ditembak.
25.Belajarlah menembak untuk perlindungan dan mendapatkan makanan. Saya
mempunyai sedikit pengalaman menggunakan raifel tempur dan pistol, untuk
peserta PLKN sekarang, untung dapat belajar menembak.
26.Semasa aman ini, simpanlah sedikit duit untuk membeli manual. Saya
mempunyai dua buku manual menarik yang berjudul “SAS Guide to Survive” dan
“1001 Manual to do everything”.
27.Kalau sakit!!!!
A.Batuk kering–Minuman Koko (Serbuk Van Houten dalam Tin) dibancuh boleh
menghilangkan batuk
B.Diabetes–boleh gunakan kapsul Gymnema&Fenugreek (dalam perang mana
ada masa nak pi hospital cucuk insulin atau potong kaki yang kena gangren)
C.Kanser–gunakan daun durian belanda, keringkan dalam microwave oven,
tumbuk jadi serbuk teh dan bancuh serta minum, daun ini mampu membunuh sel-sel
kanser (dalam perang mana ada masa nak buat rawatan kimoterapi)
D.Sakit Jantung–Sebenarnya jantung kita ini kuat, bayangkan dia mampu pam
darah dan menghasilkan tenaga elektrik. Seorang doktor yang pernah membuat
autopsi ke atas 2,000 mayat yang saspek sakit jantung memberitahu bahawa dari
ribuan kes itu, hanya empat orang sahaja yang sah jantung gagal berfungsi. 1996
mayat pula mati disebabkan kegagalan pembuluh darah.Jadi jadikan QUAKER OAT
segera sebagai makanan ruji anda dan belajarlah mengenalpasti ubat-ubat yang
boleh membantu melancarkan perjalanan darah kerana ini merupakan basic kepada
kesihatan sebenar.
28.Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) akan membantu anda tetapi
percayalah cakap saya, mereka hanya akan membekalkan anda sebotol ubat biru
yang digunakan sebagai ubat luka dan Panadol sahaja untuk kesemua keperluan
sakit anda (Ini saya saksikan sendiri) sedangkan ketika itu sakit yang paling
popular semasa perang adalah ceret beret akibat kekurangan zat.
29.OK PBB mungkin dikuasai oleh Yahudi, sekali lagi percayalah cakap
saya…mana-mana kumpulan perubatan atau NGO yang masuk, mereka ini hanya mampu
membekalkan anda ubat-ubat yang sudah expired tarikhnya (Ini juga saya periksa
sendiri). Jadi sebenarnya tidak ada sesiapa yang ikhlas membantu anda, semua
menjalankan kerja untuk mendapat nama dan untung.
30.Masyarat dunia memahami anda. Percaya atau tidak, dunia akan membantu
anda dengan membekalkan tepung untuk anda membuat roti canai kerana mereka
menyangka kita sama seperti mereka yang menikmati “bread and butter”. Ini
pengalaman saya sendiri apabila ada orang dari Malaysia yang membekalkan
bertan-tan beras, Maggie dan ubat nyamuk untuk pelarian perang di Afghanistan.
Mereka nak masak beras pun tak ghetiiiii…Tengok Maggie pun tak pernah, akhirnya
ramai yang makan Maggie umpama kita makan snek ranggup MAMEE. nyamuk???? ada
nyamuk ke kat Afhganistan HAHAHA.
29.Untuk mendapatkan pandangan ala “Night Vision”, bila menjelang waktu
Maghrib, fokus mata pada satu-satu benda untuk membolehkan anak mata anda
memperbaiki bukaan kanta atau iris (ya ke iris??? fail sikit bab biologi ini).
Ini akan membolehkan anda bergerak dengan pantas di hutan walaupun keadaan amat
gelap gelita.
SEKIAN SAHAJA, KITA BERKONGSI ILMU…ADA IDEA LAIN, MEH LAH KITA BINCANG KAT
KOMEN

No comments:
Post a Comment